Sabtu lepas, kami bertiga sekeluarga bertolak ke Parit 3, Sungai Besar. Perjalanan yang mengambil masa dua jam dari Putrajaya ini ku rasakan cepat betul masa berlalu. Off day aku selama tiga hari membuatkan aku, my sha dan ilham pulang ke kampung. Kali ini ingin berbuka puasa dan bersahur bersama keluarga mertua pula.
Ni baru sikit barang bawak balik kampung. cuti tiga hari aje. Kalau balik raya, tak tau lah macam mana gayanya. Hahha. Baru tiga orang punya kain baju. Lepas ni nak kena bawak baju sikit-sikit je. Atau kena beli van baru? Ohhh.. belum masa lagi. hehehe
Nasib aku dah sempat download cerita upin dan ipin untuk ilham. Boleh dia tengok masa on the way dalam kereta. Kami bertolak awaktu pagi, maka takde singgah laa ke mana. Petang baru nak ke bazar ramadhan Sungai Besar.
Gambar di atas adalah hanya beberapa petak sawah dari rumah mertuaku di Sungai Besar. Bulan Ramadhan al-Mubarak ini pun jangan diingat petani tak bekerja. Sekarang musim memotong padi. Ada beberapa kawasan yang belum dipotong padinya. Mereka potong padi mengikut kawasan dan peringkatnya kerana begitu juga proses tanamannya. Tidak serentak.
Dah kering, baki jerami akan di bakar secara berperingkat-peringkat. Tidak lah sekalig. seketika di petak sawah yang lain pula kelihatan bangau-bangau berterbangan mencari makanan. Begitu juga dengan sekawanan gagak yang mencari sisa-sisa tikus atau lain-lain.
Pemandangan sebegini mengingatkan aku tentang para pesawah kita yang sentiasa bekerja walaupun di bawah panas mentari. Manakala aku dan ramai lagi rakan bekerja dalam aircond.
Nak duit raya yang berjumlah RM200? JOM JOIN CONTEST CERITA PUASA RAMADHAN

bestnye berbuka di kg…
Ingat misteri nusantara ape la tadi… hohoho
Sumpah, ingatkan kisah tauladan di bulan puasa, pasal mistik ke apa haha…kes pembakaran terbuka haha, by the way, nice way of attracting visitors here hehehe
Gua ingat adik beradik dgn crita Tanah Kubur!!!
ini tanah bendang bro… berasap!!
Bak kata Nadot dgn Azham..tajuk ala ala misteri nusntara atau kisah teladan bulan posa je…
teladannya ada di situ.. kita lapar dan dahaga berpuasa, tapi para petani berpanas terik tetap bekerja demi sesuap nasi.. =)
Boleh bakar ag ker bro??ingtkn dh xleh..huhu
kat kg suami saya pun pemandangan gini..kampung suami kat pendang..:)
tapi biasanya kalau time nakar jerami ni cuaca panas sangt..
menambahkan lagi cuaca yang sediakala panas
Hurmmm… bila nak dapat makan bangau goreng atau bangau panggang nie… heheheheh
tak sabar nak balik kampung raya ni…
awat tebakar tu, mesti sbb panas sgt?
Bestnyer dapat balik kampung kan..
Infonya mantap gan sampai aku gk tahu apa tuh artinya tanah berasap dibulan ramadhan.hehehe
terimakasih infonya gan sangat mantap
tajuk entri buat org lekas2 nak klik nak tahu apa ada dgn tajuk tu…
> best sesekali berbuka kat kampung ni..:D
balik kampungg….wooooooohoohohoho…balik kampung ….. ewaahh !
Tak sabarnya..hehe
Suasana biasa berlaku apabila proses penanam semula padi.
Dekat sgt la ni ngn kampung sy..