Korang pernah semak status halal? Apa yang ragu-ragu, apa yang rasa was-was. Ada yang hanya katakan sesuatu menu, premis atau produk itu tidak halal tetapi tidak membuat semakan. Sama ada tidak tahu atau tidak mahu ambil tahu. Ada juga yang mengambil sikap diam diri tanpa memeriksa untuk pengetahuan. Kita juga sebenarnya boleh buat aduan jika ada keraguan terhadap status halal.

Korang semua boleh ke http://www.halal.gov.my/ dan membuat semakan di bahagian pengguna untuk direktori halal Malaysia. SEMAK STATUS HALAL DISINI.
Jom kita tengok beberapa carian dari aku dalam website itu.


Dari semakan aku, sos PREGO, dan Makanan di SUBWAY adalah berstatus HALAL. Sijil tamat pada 30/11/2013 bagi SOS PREGO dan 31/7/2014 bagi menu di SUBWAY.
Dan macam macam lagi. Cuba korang check apa yang diragui. Dan ada makluman mengenainya. Tarikh luput. Dalam proses. Atau Sijil ditarik balik. Dah semak status RESTORAN MAKANAN CINA MUSLIM MOHD CHAN ABDULLAH ? Sebab aku teringat ada commentator dalam ENTRY RESTORAN MOHD CHAN yang memberikan komen negatif yang membuatkan kita berfikir dan sepatutnya membetulkannya.
Jika korang ada kemusykilan mengenai halal dan haram produk makanan, korang boleh call TALIAN BEBAS TOL Bahagian Hab Halal, Jakim (1800 2222 44) atau boleh juga emel ke KEMUSYKILAN. Banyak juga info dan jawapan yang akan memberikan kita lebih pengetahuan tentang halal haram produk makanan dan lain-lain dalam kehidupan harian.

emelkan kemusykilan
Sebenarnya amat penting bagi semua pengguna Islam untuk mengetahui badan-badan Islam yang diiktiraf di seluruh negara. Ini dapat mengelakkan pengguna merasa ragu-ragu untuk membeli barangan atau memasuki premis-premis tertentu ketika berada di luar negara. Pengetahuan mengenai logo-logo badan Islam yang diiktiraf di luar negara juga penting agar pengguna tidak keliru.
Pengguna boleh menghubungi badan Islam yang diiktiraf atau menghubungi terus pihak JAKIM untuk maklumat lanjut. Jangan lupa call TALIAN BEBAS TOL Bahagian Hab Halal, Jakim (1800 2222 44)

Thanks atas infonye..
Wanayu ajak kita terjah..Selesai sudah Farid Kamil Kahwin Diana Danielle
aku ragu2 bila ke thai je.. bila kat msia ni, xde kegauan la selagi tak de label “carlsberg” dan sewaktu dengannye…. huhu
zuan ajak kita terjah..> Movie Review : Skyfall
kat luar negara pun kita boleh semak logo logo Badan Islam di sana..

KiD ajak kita terjah..Hadiah dari Bangkok
kalau ragu..jangan makan. habis cerita.
titan ajak kita terjah..Sikit-sikit Gunung Everest.
dan kalau tak tahu, kena bertanya..

KiD ajak kita terjah..Hadiah dari Bangkok
alhamdulillah… subway di sah kan halal…
almaklumlah…
sejak timbul isu subway kena serbu kat tv “tut” hari tu,
tak berani nak gi dah…sebab depa tak dpt tunjuk sijil tu kat premis perniagaan..
ada jugak try2 online check…tapi bila org tak berapa nak bijak check..tak jumpa la..
ngeee….sekarang boleh makan foot long tanpa ragu ragu lagi…


hoyeh…hoyeh….
dayah ajak kita terjah..bila Heliza Helmi basuh pinggan…
sebab tu kita ada tempat untuk rujukan..
prego halal la..bru td aku masak..hahaha
JMR ajak kita terjah..iPhone 5 gadget impian
yup.. tu laaa.. tapi ada jugak rakan yang tanya2 bila aku masak spaghetti.. ni pencerahan untuk mereka..
penting untuk umat Islam.. sekarang ni banyak barang yang meragukan..
rozuan ajak kita terjah..GAMBAR MAJLIS PERKAHWINAN FARID KAMIL DAN DIANA DANIELLE
semak dekat hotel-hotel juga…
Info yg bagus….
Kena bijak memilih…
fazrol ajak kita terjah..Iphone 5 gadget impian!
HALAL… kita mesti pilih..!!!
KM selalu gak guna sos prego tue untuk buat pizza, alhamdullilah…halal.
Kamal Mustafa ajak kita terjah..Wordless Wednesday 62 – Sinonim Dengan Langkawi.
betul tu jang.. boleh laa masak lagi..
Fav breakfast gua subway halal…tau dah tu…tggu branch subway bukak kat alamanda x lama lg..
Fauzi Blues ajak kita terjah..Best Ke Jawatan Eksekutif??
padu!!! sebelah KRR je.. leh blanje aku nanti bro..
wah..baru tau ada link utk check..
boni kacak ajak kita terjah..Sampai Demam Urat
boleh semak dan sebar-sebarkan..
bagus info ni…bro….
hairulafiz ajak kita terjah..Trip #2 : Sanrio Hello Kitty Town
dulu time kecoh pasal isu halal, aku pernah check..memang berguna.
hafizrahim ajak kita terjah..Awas Pengguna Youtube
kadang2 memang tak sempat nak check…tepuk dada,tanya selera..kalau tak yakin, jangan singgah… i..e kedai2 makan biasa or pasar malampun tiada sijil halal….
eyriqazz ajak kita terjah..Kerja Makan Gaji vs Kerja Sendiri
Kalau masak spaghetti mmg guna prego je…guna tanpa was2…senang mcm ni kalau nak check status halal sesuatu produk tu..
Ezad Skytech ajak kita terjah..Mini Gathering Blogger Jarang Update
lepas ni kena datang selalu blog ni sbelum pg makan kat luar..nak check halal dulu.. =)
Pengayuh Gerek ajak kita terjah..Eh,Windows 8 Dah Dilancarkan?
Hingga kini tak makan lagi SUBWAY walaupun dah ade kat metro point tu… hahahahaha
hazman aka species1980 ajak kita terjah..BURGER KAW KAW DELIVERY dengan FOODPANDA
Tq KID share info.. boleh semak status ni..

Nurul ajak kita terjah..iPhone 5 gadget impian
tq kid, prego tu slalu guna kan wat spaghetti
afasz ajak kita terjah..Sejarah nama AFASZ
Kalau diluar negara tidak logo halal Jakim selain tanda halal biasa sahaja. Sekurang-kurang di Malaysia kita mudah untuk buat penilaian.
Terimakasih KID
Oneblogsocial ajak kita terjah..Istimewanya Blog Nuristimewa.com