Penipuan Alam Siber

Duit.

Siapa yang taknak duit?

Pernah dengar CHEEZE MAZ? Kalau tahun lepas, beliau menggunakan nama Usahawan Cheezemaz. Berniaga serbuk keju yang aku rasa ramai juga yang akui kesedapannya. Tapi itu rupanya hanya mukaddimahnya. Modus operandi beliau selepas itu adalah dengan menawarkan skim partnership atas pelaburan perniagaannya itu.

Korang boleh tengok statusnya di sini tau.

CHEEZE MAZ

Bukan sikit. Tapi beri-ribu ringgit telah hangus akibat penipuan cyber ini.

Dah terlambat kalau kita nak salahkan mereka yang melabur tu. Mungkin pada satu masa mereka leka dan alpa kerana tiada orang yang ingatkan mereka. Dan mungkin kerana kelicikan serta peramahnya si PENIPU ini membuatkan mereka terpedaya untuk mengeluarkan ribuan ringgit untuk melabur. Dulu, beliau gunakan nama Puan Maznah sebagai identitinya.

scam partnership

Akhirnya lebur!

Si penipu sudah tentu tidak akan kekalkan identiti dan modus operandinya. Pelbagai perkara dapat dihidu tentang kesahihannya seperti si peniaga tidak meletakkan gambar identiti beliau.

Kali ini, tahun ini.. Beliau kembali dengan cara yang berlainan. Dengan menawarkan habuan pulangan duit yang berganda-ganda. Percaya ke??!! Dengan MENGGUNAKAN IDENTITI BERBEZA tahun ini, beliau memperdaya mereka yang mahukan duit.. duit.. duit.. Dia ada buat iklan seperti di bawah.

scam email job

Berhati-hati kepada semua rakan-rakan dan taulan. Jika korang dapat Tawaran yang sebegini:

1. Dia kongsikan job ‘Pengurus email’, yang kononnya akan membayar RM90 selepas setiap satu email yang berjaya dihantar.
2. Dia akan kongsikan statement income dia.
3. MEMPERDAYA mangsa dengan menyuruh mereka membayar yuran pendaftaran sebanyak RM300 ataupun RM400 kepada pemegang account berikut:
RHB:11812500061932
CIMB: 132013175521
Nama acc: Nurzusilawati Nadzri
4. Kononnya untuk tujuan pendaftaran untuk dapatkan job tersebut dan 2/3 dari yuran tersebut akan dikembalikan selepas 2 bulan

Tapi… semuanya TIPU!!

Minta semua google nama “Nurzusilawati Nadzri” dan maklumkan kepada yang lain agar berhati-hati. Alamat: No 2-A, Taman Kenanga, 21700 Kuala Berang, Terengganu. Tapi sudah pasti dia tak duduk setempat. Terengganu, Johor, Negeri Sembilan dan juga Damansara.

Scam

Ingatlah!! Berwaspadalah.

Beringat sebelum terkena. Tahun ni dah ada yang terkena. Jangan sampai ramai lagi melaburkan duit dengannya dan lebur lah duit itu. Bila cakap dalam online, memang manis sahaja ayatnya. Tapi sedikit pun aku tak percaya dengan skim-skim macam ni. Cukup-cukuplah kepada si Penipu yang masih berleluasa. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya akan jatuh tersungkur juga.

Baru baru ni.. dia nak menipu Ustaz Kazim Elias pulak.

8,942 total views, 22 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

  1. says

    2010 dulu terkenal dengan nama isabella… memang tak serik2 lagi perempuan ni… ingatkan dah senyap ,,, dan dah insaf , rupanya masih buat kerja yang sama..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam