Kepulangan dari Madinah

Seawal sebelum subuh, aku berjaga dan memantau penerbangan mak dan ayah yang pulang pada subuh 12 mei lepas. Sambil hubungi My Brother Food Blogger, kami semak dan jadual flight adalah MH 8003 dari Medina. Terima kasih kepada Eksekutif Aslina Asri kerana banyak membantu dari segi bermulanya pakej umrah dan lain-lain sehinggalah mak dan ayah kami pulang.

Flight akhirnya touchdown pada 6.35 pagi sedangkan aku gerak dari Kajang pada jam 6.40 pagi. Sempat juga sampai di sana lebih kurang 7.15 pagi kerana aku tahu, proses checkout bagasi akan ambil masa yang agak lama. My brother pun sampai kat Ketibaan Luar Negara dan menyambut mak dan ayah.

Actually beberapa ketika sebelum mak dan ayah saya keluar ke ruang ketibaan itu, kami nampak Wardina Safiyyah juga yang sampai dan disambut oleh ahli keluarganya. Nak bergambar tapi, mungkin kelihatan agak privasi, so aku biarkan beliau dengan keluarganya. Sangat mesra!

So, kami teruskan perjalanan ke Cheras untuk berehat bersama adik perempuan kami di sana. Bagi mak ayah rehat dulu sudah tentu disebabkan jetlag kerana perbezaan masa adaah 5 jam. Sambil sambil tu, kita makan yang FRESH. Terbaik dari sana! =)

Alhamdulillah, semuanya okay. Cuma kata mak ayah, cuaca di sana agak panas kering yang sebabkan jemaah umrah batuk-batuk. Syukur semuanya okay. Orait, korang tau susu apa di bawah ni?

Susu,. oh susu.. terbaik dari ladang!

p/s: TERIMA KASIH KEPADA CREW MAS FLIGHT MH151 DAN MH8003

560 total views, 2 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam