Keluarga Bahagia

Bagaimana yang dikatakan KELUARGA BAHAGIA tu agaknya? Ada ayah, ibu dan adik-beradik yang hidup dalam satu keluarga kot? Sesiapa yang pernah merasainya tu mesti BAHAGIA. Hargailah jika anda semua masih ada keluarga seperti ayah, ibu dan adik-beradik.

Ustazah Siti Nur Bahyah juga mengongsikan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama. Kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah. Apabila seseorang insan mengabaikan tanggungjawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.

Nizarul ilham

My Family. Peace Yaaa

Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggungjawab terhadap keluarga. Ketua keluarga sudah tentu memainkan peranan yang penting dalam mengemudi bahtera yang mempunyai ahli-ahlinya.

Bila sebut tentang Keluarga Bahagia, pastinya satu lagu nasyid dari Kumpulan Saujana akan menjadi pilihan. Sejak dari zaman muda, lagu ini TOP. Tapi ke manakah mereka sekarang? Kini dah tak banyak kumpulan nasyid yang aktif. Dan tak keterlaluan jika aku katakan ia semakin pudar. Cuma, kita yang meminatinya, memberi sokongan kepada industri nasyid tanahair.

Lirik Keluarga Bahagia – Saujana

Sedamai taman firdausi
Limpahan kasih sayang sejati
Seharum semerbak kasturi
Mengharumi hidup insani

Indahnya damainya
Keluarga yang bahagia
Itulah idaman impian setiap insan
Yang dahagakan belaian
Serta kasih dan sayang

Ketika insan lain berbahagia
Bersama keluarga
Namun kita masih meniti
Titian rapuh perhubungan

Mengapa kita terpisah daripada rahmat-Nya
Mungkinkah kita seringkali melupakan-Nya

Ayuhlah bina semula
Keluarga diredhai Allah

Oh ayah oh ibu dengarlah rintihan
Dan luahan hatiku yang dahaga kasih
Jiwaku terasa terseksa ketandusan kasihmu
Marilah kita bina bersama-sama
Keluarga bahagia

Tiba-tiba aku rasa macam dah lama tak bercuti rasa nak ke PROMOSI TERBANG KE NEGARA JIRAN.

671 total views, 4 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Jika anda suka dengan entry ini tinggalkan komen atau subscribe ke RSS feed untuk feedburner.

Comments

  1. says

    Semoga Kid dan keluarga bahagia hingga ke akhirnya…bahagia…semua orang inginkan kebahagiaan…selaras dengan cara ketua keluarga membentuk keluarganya…tolak ansur dan saling mempercayai juga kunci kebahagiaan…sama2 berusaha..insyaallah bahagia selamanya….amin..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam