Dalam cara rawatan Islam, perawat akan membacakan beberapa potong ayat-ayat Al-Quran supaya pesakit dapat mendengarnya dengan khusyuk. Bagi mereka yang ada gangguan, biasanya apabila dibacakan Al-Quran pada telinganya, si Jin, syaitan atau iblis yang berada di dalam tubuh si pesakit itu akan merasa panas dan lama-kelamaan dia tidak akan boleh bertahan dengan berdiam diri.
Maka timbul lah berbagai reaksi dari pesakit itu. Antaranya ialah pesakit akan rasa pening-pening kepala, mabuk, muntah-muntah, menggeletar, pengsan, seram-sejuk dan berdebar-debar. Untuk makluman, ayat-ayat Al-Quran yang biasa digunakan untuk rawatan makhluk halus adalah lebih dikenali sebagai Ayat-ayat Ruqyah.
Urutan Ayat-Ayat Ruqyah || No; Nama Surah; Juzuk; Ayat
1 Al-Fatihah 1 Seluruhnya
2 Al-Baqarah 1 1-5
3 Al-Baqarah 1 102
4 Al-Baqarah 2 163-164
5 Al-Baqarah (Ayatul Kursi) 3 255
6 Al-Baqarah 3 285-286
7 Ali-Imran 3 18-19
8 Al-’Araf 8 54-56
9 Al-’Araf 9 117-122
10 Yunus 11 81-82
11 Toha 16 69
12 Al-Mukminun 18 115-118
13 As-Soffaat 23 1-10
14 Al-Ahqaaf 26 29-32
15 Ar-Rahman 27 33-36
16 Al-Hasyr 28 21-24
17 Al-Jin 29 1-9
18 Al-Ikhlas 30 Seluruhnya
19 Al-Falaq 30 Seluruhnya
20 An-Naas 30 Seluruhnya
Selain mengubati penyakit yang melibatkan jin dan syaitan, amalkan memasang audio ini di rumah terutamanya jika anda baru berpindah ataupun merasakan ada sesuatu tidak kena pada tempat tinggal anda. Sebar-sebarkanlah perkara ini kerana mungkin ada keperluannya pada insan yang memerlukan. InsyaAllah.
SILA SHARE kan di fb, twitter masing-masing
Untuk pengalaman aku sendiri, aku pun ada jugak terkena. Mungkin kita tak sedar dan tak perasan. Yea lah, aku ni kan kerja shif, kekadang akan balik tengah malam jam satu atau dua pagi lebih. Dalam kita mengantuk, kita balik rumah sampai nak dijadikan cerita, aku terlupa bagi salam untuk masuk ke rumah. Dah mandi bersihkan diri, tidur kejap.
Lepas tu terjaga sebab my ilham merengek. Lepas tu menangis, bagi susu takmo. Sapu minyak kat perut, takmo gak.. takut perut kembung ke kan.. Nak kata berak, tak jugak. Masa tu belum tumbuh gigi. Dekat sejam!! aku dengan my sha buntu dah. Baca ayat kursi pun tak effect gak. ermmm.. pastu aku kuarkan henpon aku yang ada ayat ruqyah ini. Masa ni aku tengok my sha dah nak bebel “Apesal time ni nak main henpon lak?” (padahal aku nak pasang ayat ruqyah)
Then aku pasang ayat ruqyah nih. mp3 ni korang boleh download kat SINI tau. Free je. Ayat ni selama 54 minit, 12.4MB, dah dalam 15 minit, my ilham tidur kat bahu aku dalam aku berdiri dukung dia. Lepas tu nyenyak terus sampai ke subuh. Pheww, syukur alhamdulillah. selesai masalah. Then aku kuar rumah balik, pastu masuk balik bagi salam.
Ayat ruqyah ni sebagai medium usaha kita aje. Kalau ada masalah selanjutnya korang hubungilah mereka yang arif dalam hal berkenaan. Satu lagi petua yang ayah aku bagitau, kalau anak kecik menangis dan menangisnya tak keluar air mata, maka ada ‘something’ lah tu. Cuba pi bawak berubat. Kalau menangis berjurai airmata, maka ia normal.. Perut kembung tu.. hangpa pi sapu minyak. hehehee
p/s: korang ada pengalaman pasal ni tak? cer citer.. cer citer.. kongsi-kongsi..

memang elok diamalkan
pantang laranagnya jangan pasang dalam kereta ayat2 tu
nak baca lg tentang ayat ruqyah kat sini pun boleh
http://www.anakulucheka.com/ayat-ayat-ruqyah_18/
auc dot com ajak kita terjah..Khutbah Jumaat: Mengawal Pintu Nafsu
sebab nanti akan mengantuk kan..? jika ada gangguan laa kan..
betul tu
takut jugak org melompat keluar dari kereta tu
sebb pernah terjadi
hehehee.. buat kat rumah je
download la juga..

tapi kena percaya bukan ayat tu yang menyembuhkan.. tapi hanya Allah sahaja yang mampu menyembuhkan..
CMRatu ajak kita terjah..Tempoh Kenaikan Pangkat Guru berdasarkan Belanjawan 2012
yea betul tu bro.. itu perkara basic.
thanks for sharing…. anyway sorry terdelete your comment kat my entry
sharinginfoz ajak kita terjah..Macam Mana Nak Beli Tiket Flight Airasia
hehe.. sharing2 laaa yea,,
Tq bro atas perkongsian ni.. terus download n masukkan dalam SGN… anak saudara aku sorang ada dari lahir sampai sekarang (umur tak sampai setahun lagi) setiap kali nangis tak pernah keluar air mata.. adik ada juga hantar g berubat.. tapi still sama juga.. risau gak..
Myvitrd ajak kita terjah..Wajah-Wajah Harraz Sebelum Ke Rumah Pengasuh
cuba lah sebagai ikhtiar.. dengan izin Allah..
Oh, baru sekarang sy taw pasal ayat2x ruqyah nie, tenkiu for entry nih
sama-sama.. saya pun dah donlod masa umur anak beberapa bulan..
ms nuha kecik dulu ada sekali, balik rumah time maghrib, memang dia menangis tak ingat lah. pastu baca ayat halau jin & iblis la . hubby dia mistik sket, dia kata dia nampak menda tu kat belakang. dia siap pergi halau.hahaha. baru2 ni ms br masuk rumah, my nuha ternampak menda tu kat belakang rumah, demam 3 hari tapi malam ajer. siang tak demam. lepas tu hubby paku balik seluruh rumah dgn 4 kul even dah buat sebelum ni dan azan seluruh penjuru rumah. Alhamdulillah pastu dah tak demam.
eliss ajak kita terjah..Kerabu Kaki Ayam Terbaik Punya @ Rosdet Tomyam Kampung Baru
alhamdulillah.. semoga kita sentiasa dilindungiNya…
Pasti ramai akan dapati ini adalah post entry yang amat berguna….

hazman aka species1980 ajak kita terjah..Teknik PETA MINDA untuk penulisan blog ANDA
terima kasih.. sila2 laa share.
akak sungguh kagum cara adik beradik neh berinteraksi… sopan dan berhikmah…hihihihi
akuzle ayu ajak kita terjah..USTAZ AZHAR IDRUS DI MASJID RAHIMIAH, KLANG
eh eh.. tu abang saya eh? hehehe.. we support each other..
Nanti share post ni ngan member2…hoho
Clive ajak kita terjah..Nasihat terhebat kepada kaki workaholic!
thanks yea.. memang setailo laaaa..
thanks for sharing kid! rasanya kalau pakai unifi mengambil masa beberapa saat je nak download ni..hehe quota bb aku dah abis, so kurang la blogging untuk masa ni..
p.s ada plan nak asang widget reply komen tu.. huhu tunggu ya..

zuan ajak kita terjah..> Berhati-hati Dengan Kata-kata : Gurauan Yang Boleh Menyebabkan Fitnah
okay zuan.. selamat.. selamat.. jangan lupa pasang
Entry yang sangat bagus.. time kasih KID.. share ni..

Nurul ajak kita terjah..Wordless Wednesday: Wow Comelnye saya
sama-sama nurul.. yang baik dari Allah..
balik bangi nnti nk download selaju nye surah2 itu…..aritu dah download tp sbb external dah kene curi, smua ilang ….huhu …tq for sharing the info kid…so kid like ilham… >_<
afasz ajak kita terjah..Alhamdulillah, rezeki hari Jumaat
most welcome.. selamat beramal..
alhamdulillah. sudah download
Denaihati ajak kita terjah..Top 20 Orang Paling Kaya di Malaysia 2012
barakallahu laka..
mak mertua gua ada satu CD ayat2 ni..neway tq bro..good info..bagus utk halau hantu hantu
Zarul Umbrella ajak kita terjah..Gossip Aku Dan Tiz Zaqyah Dalam Utusan Borneo Hari ni
masuk dalam cd pun boleh kan.. dalam ipad bro tu pun boleh..
perkongsian yg bermanfaat sbb karenah anak2 nie mmg memeningkan,. almaklum tengah2 malam esok plak nak keje, tu ada yg mom n daddy ni x sabar,.. akak selalu baca ayat kursi , alhamdulillah,..
aimaniman ajak kita terjah..Sharnaaz tak tumpang Shila Amza
tu laaa kak.. kekadang kita alpa atau tak perasan.. contohnya terlupa bagi salam bila masuk je
insyaAllah thanks 4 sharing
ASYA ajak kita terjah..Hong Leong Bank Hello Kitty Debit Crad Roadshow
SELAMAT BERAMAL..
dlm ceramah pendek beliau kat radio Sinar, Dato’ Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah ckp, suami isteri yg baru pulang dari kerja n nak masuk rumah perlu :-
1. baca ‘Bismillahirrohmanirrohim’ 3 kali
2. langkah pertama ke dlm rumah dgn kaki kanan
3. muka perlu senyum
ini utk elakkan jin apa ntah yg mmg dok bertenggek kat atas pintu umah tuh dari masuk sama dlm umah n menyebabkan suami isteri bergaduh sampai bercerai berai n anak2 melawan ckp ibu bapa…wallahuaklam
akuzle ayu ajak kita terjah..USTAZ AZHAR IDRUS DI MASJID RAHIMIAH, KLANG
TERIMA KASIH juga atas sharing akak..
assalamualaikum…..terima kasih ye bagi link untuk download, saya sgt memerlukan ayat ini, semoga dgn izin Allah SWT dapat mengubat anak perempuan saya….terima kasih sekali lagi
waalaikumussalam.. semoga ia bermanfaat kepada semua..
terima kasih. krn izin download. dah lama cari mp3 ni utk diperdengarkan dalam rumah. anak ada masalah gangguan jin.
ia milik semua.. kita berusaha dan kepada Allah kita mohon pertolongan. semoga keluarga siti khazar diberkatiNya.. ameen
terima kasih sudah berbagi

IndoPhotoshop ajak kita terjah..Membuat Efek Bersinar Pada Foto