Diskaun Luar Biasa Eh Eh Mega Bazaar 2014

Eh Eh Mega Bazaar 2014 pada hari Sabtu dan Ahad ini adalah perhimpunan peniaga online terbesar di Malaysia! #

Lebih 1200 booth termasuk 60 booth selebriti terkenal sudah pun bersedia untuk memberikan layanan terbaik dan diskaun paling LUAR BIASA di Eh Eh Mega Bazaar 2014 pada 21 dan 22 Jun ini di MAEPS Serdang.Walaupun terlalu ramai booth yang menjual seribu satu barang untuk kita “shopping” raya, pengunjung tak perlu risau kerana pihak penganjur, syarikat Eh Eh Bazaar Sdn Bhd menerusi Pengarah Urusannya, Iffah Zaimi memberi jaminan keselesaan adalah 100% diutamakan.

Semua akan selesa bershopping dan tak kan rasa rimas kerana terlalu ramai pengunjung memandangkan MAEPS adalah berhawa dingin dan luas! Paling menariknya, kesemua vendor yang berniaga menjanjikan DISKAUN PALING RENDAH untuk semua pengunjung bershopping!

Artis di Mega Bazaar

Kelebihan lain Eh Eh Mega Bazaar 2014 berbanding bazaar lain juga termasuk;

1) Lebih 3000 tempat letak kenderaan disediakan di luar MAEPS Serdang. Jadi tak akan ada masalah pengunjung terpaksa meletak kenderaan di tempat tidak sepatutnya.

2) Lebih 10 tram juga disediakan untuk semua pengunjung di tempat meletak kenderaan terus akan membawa anda ke pintu masuk MAEPS untuk “shopping”. Tak perlu jalan jauh dan penat sebelum sempat bershopping!

3) Sebuah bas secara percuma juga akan disediakan di stesen komuter Serdang bagi pengunjung yang menggunakan kenderaan awam untuk ke MAEPS. Bayangkan, tak perlu tunggu bas atau teksi untuk ke MAEPS pada hari Sabtu dan Ahad ini.

4) Ruang pejalan kaki di antara booth dalam MAEPS juga selebar 10 kaki bagi memastikan pengunjung selesa untuk bergerak dan bershopping. Sure tak kan ada yang pengsan atau sesak nafas kerana terlalu sempit!

5) Lebih 100 hadiah istimewa termasuk barangan elektrik, pakej pelancongan, gajet dan banyak lagi disediakan untuk semua pengunjung untuk CABUTAN BERTUAH! Jangan lupa untuk sertai kami untuk memenangi hadiah best!

6) Ada persembahan istimewa penyanyi popular, pertunjukan fesyen, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, sesi minum petang bersama selebriti dan banyak lagi sepanjang 2 hari itu nanti!

Jadi sekarang jangan lupa pada hari Sabtu dan Ahad ini untuk sama-sama “serang” Eh Eh Mega Bazaar 2014. Jumpa anda di sana!

907 total views, 6 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam