Buffet Ramadhan di Tropicana

Tropicana Golf & Country Resort di Petaling Jaya telah berjaya mengetengahkan Buffet Berbuka Puasa di bulan Ramadhan untuk 9 tahun berturut-turut. Tahun ini dengan tema “Berbuka Puasa – Ramadhan di Tropicana”, anda akan disaji dengan pelbagai menu dari menu tempatan, Chinese, Indian, Thai, Western hingga ke Japanese.

Setiap menu yang melebihi 100 items akan disaji seharian secara rotation dengan barisan Buffet di Coffee House. Terdapat menu special pada tahun ini iaitu Hokkien mee, Yong Tau Foo, Ayam Penyek, Chi Pau Kai (chicken wrapped), Kari Kepala Ikan, Dim Sum, Assorted Sushi, Ikan Kukus Kuah Asam Pedas & Kerang Rebus dan pelbagai lagi yang di masak secara LIVE di beberapa stall.

Akan diserikan dengan performance dari 5 kumpulan Ghazal yang akan membawa kita ke suasana kampung. Tropicana Golf @ Country Resort diketahui mempunyai parking yang luas dana ada buggy services dari parking ke Club House. Surau pun sudah tentu ada untuk pengunjung.

Harga buffet berbuka puasa adalah kekal seperti tahun lepas iaitu:

Dewasa RM68++ untuk members dan RM75++ untuk non members. Kanak-kanak RM35++ untuk members dan RM40 untuk non members. Pre-sales Vouchers ada di jual RM52++ sehingga 30 June 2012

Tropicana Golf @ Country Resort ada menyediakan khidmat katering bagi sesiapa yang nak buat open house pada hari raya nanti. minimum 50 orang dan harga bermula dari RM60 seorang. untuk maklumat lanjut dan reservation “buffet berbuka puasa” boleh hubungi 03-7804 8888, ext 306/309/325, 03-78041919, 014-9270501 (Razak) atau ke http://tropicanagolf.com

Haaaa.. ape lagi? Jom berbuka puasa buffet ramadhan di Tropicana Golf @ Country Resort

764 total views, 5 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Jika anda suka dengan entry ini tinggalkan komen atau subscribe ke RSS feed untuk feedburner.

Comments

  1. Fauzi Blues says

    Kecuq ayaq lioq ooo…!! Best tu kalau dijemput jd foodtester..kenyang satu hal..paling masyuukkk…

  2. afasz says

    IKAN KUKUS MASAK ASAM PEDAS !!!!!!!!!!!! terliur bc lauk ni…….

    kalau time puasa nak makan buffet ni , bg fasz mcm membazir sgt. tp fasz ada gak join makan buffet camni. tu pun reunion dengan kawan-kawan masa diploma.

    byr lebih dan dpt jumpa kawan-kawan. seronok. >_<

    Lama tak jumpa kawan-kawan yg dah beranak pinak + mengandung + bakal nak bersalin <—eh lari dr tajuk kid. wahahaha

  3. Jaa says

    Assalamualaikum,

    Untuk makluman saudara2 se Islamku, sijil HALAL untuk Tropicana Golf Resort ni telah ditarik balik pada 2012. Sila rujuk http://www.halal.gov.my. Carilah hotel/tempat berbuka yang halal untuk mendapat keredhaan Allah dan jauhi tempat2 yang meragukan ke Halal lan nya….ramai umat Islam di Malaysia ni kurang alert pasal makanan & minuman halal haram ni especially golongan muda. Sila alert saudara2 ku….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam