Nampaknya ramai juga yang bercuti dan balik kampung minggu ini. Kepada yang tak balik kampung, so korang layan lah blog yea. Sambil -sambil tu, aku nak tanya pasal kerja gila. Idea ni terhasil time aku chit chat emel bersama rakan-rakan sperjuanganku. Apa kerja gila yang anda pernah buat?
Pergi isi minyak di stesen minyak dengan pakai boxer je – Wolvie
Masa kereta tengah bergerak di atas jalanraya, terus keluar terjun macam filem stuntman – Obito
Makan nasi tengahari sampai tambah tujuh (7) kali – Noin
Lari dari Asrama selepas tak dapat kebenaran warden – Roscantik
Korang semua rata-ratanya mesti banyak kisah dan pengalaman kan? haaa.. korang nak share tak cerita ni? Sambil mengimbau kisah lalu yang mungkin mencuit hati. Korang ada kerja gila yang pernah korang buat..? Apa dia yea..??
hmm kerja gila. hmmm try recall…kerja jual sluar dalam kira x? hahaha
zuan ajak kita terjah..> Movie Review : The Avengers
Mengorat awek dengan maki hamun. Ehhh gila ke?
ProfHariz ajak kita terjah..Bersih 3.0: Apa Yang Akan Berlaku ?
tak tahu la ni kategori gile ke tak…..
buat projek group, bila time nk present kami masih di bilik menyiapkan nye sehingga kawan2 call dimana kami. huhu~ turn kami dah hampir. masa tu kami masih lg berusaha siapkan dengan tak mandi apa kami p present…<–rasanya kami tak mandi kot.Semalam tak tido….
tp alhamdulillah……projek berjaya, cc: madammondoq(ketua projek) hehe ~
afasz ajak kita terjah..Lagu Begini Caranya – Shaheizy Sam &Yana Samsudin (OST Aku Ada Kau Ada?)
Makna kata MADAM pun tak mandi gak la yea…. ekekekeke
hazman aka species1980 ajak kita terjah..Gambar & Video gol MALAYSIA vs SRI LANKA ( 6-0)
kerja gila itu ialah naik rollercoaster yg pusing 360 darjah kat dreamworld, gold coast. arghhhhhhhh takut wo!!
sha ajak kita terjah..Maxis Apps Blogger Experimental Tour
owh sy pon pnah naik white cycloon ngn steel dragon kat nagashima..

Jebeng Otai™ ajak kita terjah..Projek Review Alexa
Kerja gila yg aku pernah buat…
Masa nakal sekolah dulu…
Pnjt asrama perempuan dating ngan awek blkg bilik warden…
Alasan, warden tue kalau tido, gempar bumi pun dia tak sedar… He he..
Fazrol ajak kita terjah..The Avengers – Perhimpunan Bersih Superhero!
Haha. Jalan telanjang masa i umur 13 tahun di luar rumah pangsapuri lama. Time tu rasa best juga main sorok sorok, walk #likeaboss in the nude, nampak orang, lari. Lol
Isaac Tan ajak kita terjah..The Apartment @ The Curve
Nasib baik umur 13 ….sebab kesalahan under JUVANA…. kah3x
hazman aka species1980 ajak kita terjah..Gambar & Video gol MALAYSIA vs SRI LANKA ( 6-0)
kene denda depan asrama pompuan sbb x pi surau..bertuala shaja..hehe
p/s: slamat time tu x mcm skang.tough skit..hehe
Jebeng Otai™ ajak kita terjah..Projek Review Alexa
rasa2 nyer kerja giler yg gua buat antaranya adalah tido depan Menara maybank lepas tgk konsert Zainal Abidin sorang2
Zarul Umbrella ajak kita terjah..Aku Telah di ‘Pin-Up’kan bersama Aaron Aziz,Tasha Shila dan Fizz Fairuz
sebut kerja gila teringat zaman aku sekolah menengah… Aku dgn budak2 kelas gi siram air rakan sekelas dalam toilet.. Tgh2 syok siram member yang tengah buang air.. Tetiba sepasang kasut kulit hitam terbang dari atas pintu tandas… Rupa2nya yang kami siram dengan air tadi cikgu disiplin… Haha2… Habis satu kelas kena rotan dlm bilik guru… Memang kerja gilalah… He2… Salah cikgu tu juga sapa suruh g melepaskn hajat dkt tandas student… He3
myvitrd ajak kita terjah..Lapar Tapi Malas
hahaha..ni kes silap target le nih..
JMR ajak kita terjah..The Avengers
Panjat bas sekolah ikut pintu driver pakai baju kurung sekolah!!gile btol..
puan S. ajak kita terjah..STAY FOCUSED!
Saya pernah bawa big bike redah hujan lebat dan guruh kerana minyak hitam bocor. Punyalah sayang motor sanggup buat kerja gila. Kalau difikir balik tidak berbaloi sudahlah hujan lebat dan sudah tentu jalan licin. Bawa full throttle pula tuh. Menyesal.
seronok tajuk ni so nak kongsi cerita..
akak rasa org lain x buat .. akak time kat ukm, masa study week akak cr bilik tutorial yg kosong, sunyi… akak berdua atau bertiga,.. kami bebas buat apa jer, nak baca menjerit ke, nak buka tudung ke, dan hobi akak tarik rambut gatal simpan dalam m/s buku yg akak baca… issshhhh, tapi jaga2 takut2 x sedar, bas akhir ke bbb dah habis,.. merana jalan kaki ke masjid ukm,…
aimaniman ajak kita terjah..Bersih 3.0 Versi Sinar Harian Vs MyNewsHub
kerja gile..buat editing smpai tak tido 48hrs..
JMR ajak kita terjah..The Avengers
Makan Nasi Tepat Pukul 12.00 Tgh Mlm..berturut-turut selama 5 hari… Gila ke?
Fathi Putera ajak kita terjah..Apa Itu Virus Trojan Horse
mengorat lelaki. sangat gila. hahahahahahahahahahahahaha!
Syafiq Ahadin ajak kita terjah..Kenapa Kita Bawa Air Semasa Majlis Bacaan Yasin?
jalan kaki dengan jarak yg jauh sampai berpeluh satu badan
rozuan ajak kita terjah..GAMBAR MAJLIS PERKAHWINAN FASHA SANDHA DAN JEJAI
kerja gila pernah saya buat? ermmmmm..apa ek..banyak menulis ribu2 perkataan dalam beberapa jam kot..haha
Antara kerja gila yg aku pernah buat ialah memasang jaring merentang sungai muar masa tgh banjir untuk menjaring ikan . Arus masa tu memang laju giler . Habis semua kayu dan sampah sarap masuk dlm jaring . Nyaris nyaris aku dibelit jaring.
Kedua -semasa pergi menjala di sungai -aku secara tak sengaja melilitkan tali jala ke pergelangan tangan . Bila aku tebar jala (jala kan berat)-aku dengan jala jala sekali masuk ke dalam sungai. (masa tu aku atas sampan). Punyalah dalam sungai tu …sampai aku terapung apung dalam air diantara dasar sungai dan permukaan air (korang paham kan maksud aku) .panic gila . dah rasa macam nak sampai ajal. Tiba tiba aku nampak satu olakan air yg sangat kuat dari atas dimana ayah ku terjun kedalam sungai untuk memotong tali jala yg tersangkut ditangan….puas aku minum air .kalau lah berseorangan hari tu ..pasti aku dah arwah…
Bila aku fikirkan balik -memang kerja gila . Tapi itulah orang muda perlukan cabaran . cuma kadangkala tindakan kita itu tidak mengambilkira risiko.
Raya lepas masa aku balik Kg ..dan pergi ke sungai tersebut ….aku beristigfar ..masa tu aku memang betul betul gila…..