Sungai Congkak dah. Gabai pun sudah. Tekala pun sudah. Pangsun hulu langat sudah. Mana lagi laa nak cari air terjun kat Selangor nih. Ulu yam pun sudah. Batang kali pun dah singgah. Ermmm.. Try gi Kemensah lah.
Ermmm.. “Kemensah kat mana?: tanya aku.
Belakang zoo negara laaaa.. dekat aje.
‘Okay lah…eh, ada air terjun ke situ?” kata aku.
Maklumlah, aku kan busy macam Tan Sri. So, jadual ku hujung minggu memang akan digunakan sepenuhnya. Mesti ada hal. Mesti ada aktiviti. Kali ni, memenuhi ajakan bertalu-talu dari sales teammate aku. Aku join jugak. Mana tahu, lepas ni aku tak dapat join lagi sebab dah migrate ke tempat lain.
Kalau nak gi mandi-manda air terjun ni, kena pergi awal pagi. So, 7.45am kami dah depan zoo negara. Bukan tunggu pintu gerbang bukak tapi terus ke simpang belakang zoo tu. teruuuuus aje rupanya. aku rasa dalam 10 minit dah sampai. Kalo nak ke atas lagi, maka terus kan laaa lagi.
Actually banyak chalet chalet pilihan sampai ke hujung. Kami punya yang area bawah jugak la. Senang sikit nak balik. hehehe. Masuk sorang seringgit. parking pun ada. Sewa pondok RM40. Kalau bentuk dome, RM70. Nak bermalam kat situ pun boleh. hehehe.
Kami datang nak mandi manda, bbq, makan-makan aje. Dapat jumpa air terjun kejap pun okay lah. Asyik tengok bangunan batu bata kat opis aje. Sekali sekala rileks kat air terjun. Korang layan aje lah gambar-gambar ni yea..

So far, bagi aku.. Air Terjun Kemensah ni okay lagi laa tahap kualiti airnya. Boleh lihat sendiri kaki kita. Ada juga anak-anak ikan tengas bermain-main di permukaan air apabila kami beri roti. Mula-mula terasa betis dan tumit macam dicucuk-cucuk. Tapi rupanya ana-anak ikan tengas sedang bermain dan lapar cari makanan. Ada laa dalam besar sampai dua jari.

Okay laaaa.. Aku nak sambung berehat dulu. Balik dari picnic ni terus kebabooomm.. Tiga beranak ni tidur nyenyak keletihan. Terasa kuatnya air terjun tu. Oh yea, nampaknya jam tangan aku kalis air terjun kemensah. kui kui kui. Malamnya pulak celebrate makan-makan di Kenny roger dalam entry sebelum ni.
Orait, korang ada story air terjun yang best jangan lupa roger. Add twitter aku @shakiddo
p/s: Minggu ni balik kampung Sungai Besar lagi.. yeayy!!!
p/s/s: Happy Annyversay Mum and Dad!





bestnya, dah lama sgt tak mandi kat air terjun, lepas kes kencing tikus, terus tak pergi, kalau tidak setahun mesti 3 atau 4 kali pergi, sekarang ni layan mandi laut ja..

cmratu ajak kita terjah..Percubaan pertama Time Lapse photography
tu diaaaaa… lepas ni aku gi laut lah pulok.. pulau ke..
belakang zoo negara ? hahah ..cantik laa…tapi still jauh lagi dari saya ..haha
spudin ajak kita terjah..Keindahan Kelip-kelip Cherating
ahhaaaaaa… belakang-belakaaang zoo negara
ouh ada lagi belakang ke zoo negara ? tak pernah tahu pun , alaa..ada air terjun best , kalau pergi Pahang , saya prefer air terjun kat Taman negara atau dekat dengan Gungun Senyum :]
spudin ajak kita terjah..Keindahan Kelip-kelip Cherating
dah pernah pergi tempat ni ngn member office wat gathering.. memang best tmpat ni.. shakiddo balik kmpung sungai besar? dkat la ngan kmpung aku dah tu..
wanayu ajak kita terjah..Keputusan Liverpool vs Stoke City 7 oktober 2012
kampung area mana? ni kampung wife kat simpang lima
dekat la tu.. dekat pekan sabak je bro..
wanayu ajak kita terjah..Keputusan Liverpool vs Stoke City 7 oktober 2012
Perbezaan best Jeram Kemensah dulu dan sekarang:
DULU-x ramai orang..bleh terjun tiruk!! tetiap minggu bawak aiman layan makan roti.telur kat tepi sungai..
SEKARANG-dah ada chalet..tempat nampak lebih terurus..
Fauzi Blues ajak kita terjah..Punca Kekalahan Selangor Kepada Kelantan | Separuh Akhir Pertama Piala Malaysia 2012 6 Oktober 2012.
roti telor… perrggghhh….. hehehhee
dah lama jugak tak pergi mandi kat air terjun nie.
hatiputera ajak kita terjah..Lima Blog Paling Popular Di Malaysia
skali sekala kena rest kat air terjun.. hehhehee
cantik jugak air kemensah ni ye…dari dulu asik dok mengula sungai gabai je.
SR ajak kita terjah..2 Nissan GTR vs pokok
tu laaa… gabai bosan gak kalo selalu.. hehheee
Owwhh…. pegi dengan bebudak opis rupanya…. mesti boleh dengan bunyi gajah dan harimau kan….hehehehe
hazman aka species1980 ajak kita terjah..Hotel Armada PJ PREMIER DELUXE ROOM Giveaway Contest
bunyi burung cenderawasih pun ada dengar.. hehehee
kemensah ni best juga kalau nak mandi manda…
dah pernah pergi dah..
jangan pergi waktu hujan dah la…bahaya…
Melastik Bintang ajak kita terjah..Pameran Dinosour – Pusat Sains Negara
tu laaa.. memana tempat pun sama.. layaaaaan
uish… menarik gak tempat nih… mesti port kaki landscape dok shot kat sini… macro shot pun mesti menarik nih
staibaqhang ajak kita terjah..Bencana Alam Bukti Kekuasaan Allah
macro shot memang best.. lagi2 kawasan yang jarang orang terokai..
Balik sungai Besar apa lagi terjun ke dalam parit lagi best.

akubiomed ajak kita terjah..Gempar Aaron Aziz langgar tiang
kat parit 3 ada… hehehe
sanggup ke nak terjun dalam air parit sungai besar? kalau kasi duit saya sanggup
Ladfe Amir ajak kita terjah..Lagi RM20 Sahaja (Part 2)
lama tak g kemensah..last pegi 3 tahun lepas rasanya..memang best la dapat tenangkan fikiran kat sana.
hafizrahim ajak kita terjah..Majlis Aqiqah: Selesai Sudah
lepas ni gi pantai lak yea.. hehehee
wah bestnyer bercuti.. dah lama x g mandi sungai..
Nurul ajak kita terjah..Pizza Hut Cheesy 7 Tasting Party
okay laaa.. daripada nurul tak mandi.. hehehee
ikan tengas tu ikan apa???
menarik juga air terjun kemensah ni..boleh jugak try pergi.asyik pergi ke hutan lipur kanching je.bosan jgak..
boni kacak ajak kita terjah..Orang Bujang Semakin Pupus
ikan tengas.. biasa kat air terjun atau sungai.. kecik2 je ikannya
akak pun nak cuba pergilah, macam best jer,.. tentu anak2 suka main air,… tp weekend ni kena p pantai remis sebab ada kem cemerlang spm.. malas betullah nak kerja time weekend…
aimaniman ajak kita terjah..Trial SPM 2012 MRSM & Kelantan Download Sini
ahhaaaaaa… pantai remis pun jadi laaa kak..

KiD ajak kita terjah..Felix Baumgartner Terjun dari Angkasa
lecehnya nak kena keje time weekend

zuan ajak kita terjah..> Benda Alah Ni (Durian Crepe)
pondok pun nampak selesa je…


hidayah ajak kita terjah..Perlis Fun Ride
huhu nanti nk kna wat blogger gathering kat situ..

zuan ajak kita terjah..> Benda Alah Ni (Durian Crepe)
bestnya. mandi air terjun, bbq.wuuuu…nak gak.lama tak buat aktiviti camni
arelan ajak kita terjah..WeDDiNg oF tHe YeaR
mandi2 tu slalu la, buat bbq dah lama gak tak
zuan ajak kita terjah..> Benda Alah Ni (Durian Crepe)
Kat sini memang best..ada banyak port..berbaloi pergi.aku pun dah lama tak pergi.
hafizrahim ajak kita terjah..Wordless Wednesday : Private Network
jangan skodeng naaaaa… btw, airnya okay lagi laaa.. jernih
kalau tak silap..ni air terjun dalam filem Cinta Kita-’Sofea Jane.
Ladfe Amir ajak kita terjah..Lagi RM20 Sahaja (Part 2)
cerita tahun bila tu?
zuan ajak kita terjah..> Benda Alah Ni (Durian Crepe)
boleh tahan tempat dia.. nak buat santai2 ngan family
zuan ajak kita terjah..> Jangan Di Salah Erti
Kemensah saya tak pernah sampai lagi, insya Allah boleh la try bila free. Btw nak suggest air terjun Chamang di Bentong, hanya sejam lebih skit journey dari KL. Boleh cek review di blog saya

CutiMalaysia ajak kita terjah..Karnival Pelancongan Malaysia 2013: Pelancaran Promosi Tahun Melawat Malaysia 2014. Apa Aktiviti Menarik?
hmm tempat menarik tu

zuan ajak kita terjah..> Benda Alah Ni (Durian Crepe)
Laaa… belakang zoo ade air terjun ke? Kah kah kah… aku pon tak tahu. Walhal zoo dengan rumah aku bukan jauh mane pon. Lol. Bercadang gak nak pergi, tapi dok dengar berita pasal kencing tikuih la.. kencing orang la… hahahah jadi risau gak.
Another reasen tak pergi tempat2 macam tu buat masa ni pasal ade baby kecik. Almaklum anak2 kecik ni. Tunggu masing2 dah besar sikit ok ah. Itu hari balik rumah kat parking kereta pon, si along nampak mende kejar dia. Tetibe takut nangis kata takut.. aku pon jadi seram tengkuk pasal kat belakang buakn ade ape, just tong sampah je kat parking tu. Tapi itu la dia, balik kerja sampai rumah pukul 7 malam. Dah maghrib.
Apa boleh buat, keluar mencarik rezeki. Insyaallah, tunggu projek lebat, boleh la join hang, jadi fulltime blogger. kekekek
Muhamad Azman Ishak ajak kita terjah..Tolong jangan tanya kenapa tangan didagu – #MSMW2013
tak pernah pergi lagi air terjun kat situ…mcm syok je…:D
Ezad Skytech ajak kita terjah..Wordless Wednesday #71 | Impak Filem Iron Man 3
wah senangnya melihat bisa berlibur bersama keluarga

IndoPhotoshop ajak kita terjah..Membuat Efek Teks Neon pada Tembok