Minggu ni aku agak keletihan dengan jadual padat kerja. Perjalanan jauh ke tempat kerja membuatkan aku mengantuk. Ni pun rasa nak tidur lagi. Tetapi seperti mendapat sesuatu ‘batu loncatan’ yang baru tahun ini, kini aku makin mengorak langkah dalam berblogging.

Cek dari Exabytes
Cek dari Exabytes baru clear kan. Terima kasih Exabytes yang memasang iklan di blog shakiddo.com ini. Korang boleh tengok iklan di atas header blog aku ni. Kali ni masuk yang kedua exabytes bagi payment kat aku. Ramai gak korang yang dapat kan. yeaahhhh..

Sengkuang Kuah Rojak
Bila baca blog CLP dan My Namecard Designer, kid pun terjebak dengan fenomena Sengkuang calit. Haaaa.. siap beli kat kedai lagi. Apa lagi.. cicah laaa.. sedap wooo!!! Korang ada try tak? Sengkuang ni dengan kuah rojak.. Perrghhh.. tak menahan.
Orait, actually aku akan semakin busy selepas ini. Tak sedar dah masuk bulan tiga. So, sebulan aku training kat Jalan Semarak dah abis, back to koje. Adesssss… Menghadap shif lagi. Tapi kali ini dekat je dengan rumah aku. 15 minit ke Puchong. Berbanding 40 minit ke TTDI.

Meh laaa klik Google Plus Members
Oh yea.. sebelah sidebar ada Google Plus Member. Korang klik aje lah kat situ eh. Sama macam GFC. Lepas ni GFC nak ditutup eh? Tul ke?
Okies dokies.. Nak pi usha LG Prada laaa.. macam best aje. =)