Strawberi dan Karipap di Astro Ceria

Nak tonton sesuatu yang menarik di hujung minggu bersama keluarga? Astro Ceria kini mempertarukan Drama Strawberi & Karipap bermula 1 September ini. Drama komedi bersiri 13 episod arahan P.Prem Anand Pillai terbitan Temenggong Pictures Sdn Bhd ini memang best! Aku sempat tengok di GSC Signature dalam majlis pra tonton baru baru ini.

Mia Sara

Zizan Nin yang membawa watak hairi, Nellydia Senrose sebagai Lisa serta pelakon cilik yang cukup berbakat iaitu Mia Sara sebagai Nini dan Rykarl Iskandar sebagai Haikal. Turut menyerikan drama bersiri ini adalah Yana Samsudin, Sein, Nur Fathia, Hefny Saad selain Shae, Jihan dan Wan Sharmila.

Strawberi dan karipap launch

Keletah budak dua orang tu memang cukup kelakar. Si Rykarl yang duduk sebelah aku dalam panggung tu, cukup menggamatkan suasana. Hyper sungguh diorang ni, lagi-lagi bila dua pelakon cilik itu bertemu.

Pelakon Strawberi dan karipap

Secara ringkasnya, Nini dan Haikal ni adik beradik. Mereka dijaga oleh Lisa seorang jurufoto yang sibuk. Jadi Lisa minta bantuan Hairi untuk menjaga mereka. Tapi secara bergilir-gilir sebab berlainan rumah. Nini dan Haikal yang bosan sebab bertukar-tukar rumah, merancang untuk menyatukan Lisa dan Hairi.

Suffian (lakonan Hefny Saad) cuba memikat Lisa dan Hairi pula secara tiba-tiba jatuh hati dengan cikgu baru mereka iaitu Cikgu Azila (Yana Samsudin)

Rykarl dan Mia Sara Mia Sara dan Rykarl

Jangan lupa tau! Seronok giler dengan sound effect nya, mimik muka mereka semua yang buatkan aku gelak ketawa. Jom tonton drama bersiri komedi STRAWBERI & KARIPAP yang pasti menghiburkan pada setiap AHAD, jam 11.00 PAGI bermula 1 SEPTEMBER 2013, hanya di Astro Ceria menerusi saluran 611.

strawberi dan karipap astro games

MAIN GAME STRAWBERI DAN KARIPAP ASTRO

Astro Ceria.. Untuk Kita Aje!

8,524 total views, 74 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam