Selamat Menunaikan Umrah buat Mak dan Ayah

Sekali lagi aku ke KLIA. Kalau pada hari Bersih 3.0 sabtu lalu aku menghantar nenek, mak dan ayah saudara aku untuk menunaikan umrah, kali ini adalah mak dan ayahku sendiri. Kali terakhir, mereka ke sana mengerjakan haji adalah pada tahun 2003 atau 2004 kalau tak salah aku. Dan sememangnya niat mereka termakbul untuk kembali ke sana. Alhamdulillah.

semua ahli keluarga ada kecuali abangku yang menunggu di KLIA

My ilham hanya seorang anak kecil, yang masih belum tahu apa-apa. Dalam fikirannya hanya dunia kanak-kanak yang sememangnya indah. Ilham sangat manja dengan tokwannya. Maklumlah, dibelai dari kecik lagi diusung naik motor sana sini.

My brother, hazmanfadzil.com pun ada sekali. Maklumlah, orang MAS. Juga my sis dhiyaz86 dan maly.

Sepupu ilham iaitu Sakinah punya laaa sibuk nak merangkak. Kami berehat seketika selepas check in jam 12 tghari di Kopi Time. hmmm… ilham mana? Ni haaaaa…

Keletihan sangat selepas bermain dan berlari sini sana. Pabila ilham di tempat orang ramai seperti Terminal KLIA ini, mata aku sentiasa berwaspada dengan gerak langkah ilham. Walaupun sampai berpeluh-peluh berkejaran dengan ilham. Sekarang ni taknak dah dia kena dukung kalau di tempat macam ni. fuuuuuhh..

Sudahnya, sampai mak dan ayah melangkaui pintu perlepasan antarabangsa pun, ilham masih khusyuk tidur. Takpe lah. Hanya 12 hari berpisah dengan tokwan dan opahnya. Buat mak dan ayah, selamat menjalani ibadah umrah dengan penuh tawadduk. moga kita semua dilindungi dan dirahmatiNya. Ameeen..

749 total views, 8 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

  1. Nurul says

    Selamat menunaikan Umrah.. AMIN.. moga selamat pergi & selamat pulang..

    Aloo comelnyer Ilham.. Keletihan suda.. hehehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam