Review Lawak Ker Der 2

Malaysia mula diperkenalkan dengan persembahan komedi Lawak Ke Der pada bulan Februari tahun lalu. Kejayaan yang ditempa melalui persembahan itu kemudiannya disusuli dengan Lawak Ke Der 2 . Seramai 30,000 rakyat Malaysia menutupi tirai tahun 2012 mereka dengan gelak tawa bersama Lawak Ke Der 2 di Istana Budaya.

Malam tadi aku berkesempatan bersama rakan blogger yang lain seperti Dkna , Anarm, Ashadin dan juga Nadot untuk tengok Lawak Ker Der 2 masuk panggung di Alamanda Putrajaya. Special thanks kepada Blogger Model Iklan Gigi yang menjemput kami dan juga Bro Azwan Hantu Kak Limah Balik Rumah.

LAWAK KER DER 2

Kepercayaan diberikan kepada Hans Isaac untuk mengarah kedua-dua persembahan Lawak Ke Der berikutan dengan kejayaan kesemua persembahan teater yang pernah diterbitkannya di Istana Budaya. Dia juga merupakan penerima Anugerah Pengarah Harapan Terbaik dan Anugerah Lakon Layar Terbaik di Festival Filem Malaysia yang ke-21.

Memandangkan Lawak Ke Der 2 hanya dipentaskan sebanyak 6 persembahan sahaja di Istana Budaya, banyak permintaan untuk sebuah re-stage yang diterima oleh peminat-peminat yang gagal untuk mendapatkan tiket akibat sold out. Dari situ, timbullah ide dari Tall Order Productions (TOP) untuk membawakan persembahan komedi pentas ini ke panggung wayang supaya dapat disaksikan oleh lebih ramai peminat.

LAWAK KER DER 2 SHOW LAWAK KER DER 2 MOVIE

Nabil sebagai pengacara memang membuatkan kita tergelak dengan aksi Gangnam Style nya. Memang satu dari kebolehannya menari sambil berjoget. Kumpulan Boboi, kembali dengan aksi pontianak dan kawan Datin Maimon. JOZAN pula dengan kisah Nazmidah yang memberi racun. Harith Iskander pulak, lawaknya cukup sinis perihal Facebook dan girlfriend. Kabooom!! rasa terkena setepek kat diri sendiri. hahahahaa

LAWAK KER DER 2 BEST

Bagi aku, filem yang di’compress’kan dari Lawak Ker Der 2 Istana Budaya ini memang sesuai bagi mereka yang nak layan gelak ketawa. hahahahaa. Thumbs up!! Cuma rasa tak puas tengok dalam wayang, lepas ni nak tengok kat ISTANA BUDAYA pulak kalau ada diteruskan. Aku bagi 4/5 Bintang untuk Lawak Ker Der 2 ini

Jadilah sebahagian dari sejarah perfileman Malaysia.

Kepada 2.4 juta penonton Lawak Ke Der 1 di YouTube, jangan lupa untuk menonton Lawak Ke Der 2 di pawagam berhampiran dengan anda. Dah tiba masanya untuk menikmati komedi sebenar di skrin yang besar. Skrin komputer anda terlalu kecil dan tak baik untuk penglihatan. Ahaks!

526 total views, 1 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Jika anda suka dengan entry ini tinggalkan komen atau subscribe ke RSS feed untuk feedburner.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam