Promosi Raya Bagus di Courts

Dah nak masuk bulan puasa.

Lepas tu nak raya.

Hari Raya Aidilfitri semestinya disambut dalam suasana penuh meriah dan ceria, dengan adanya rumah terbuka bagi mengalu-alukan sanak saudara, sahabat handai serta jiran-jiran yang disayangi. Sebagai persediaan awal untuk menyambut perayaan yang bermakna ini, Courts Malaysia telah melancarkan kempen “Raya Bagus” di 64 gedung peruncitannya di seluruh negara. Selain penjimatan yang hebat, kempen ini turut menawarkan lebih banyak jenis produk kepada para pelanggan.

Aku berkesempatan untuk ke Courts Sri Damansara, besaaaaaarrr sungguh kat situ. MegaStore rupanya. Teruja lak aku dengan barang-barang di dalam Courts ni. Antaranya SAMSUNG CURVE TV tu.. pheeeeww!! Best kalau dapat.

Samsung Curve TV

Kempen Raya Bagus Courts yang kini sedang berlangsung akan tamat pada 31 Julai 2014. Ia menawarkan beraneka jenis barang keperluan Hari Raya seperti perabot, kelengkapan bilik tidur, pelbagai produk elektronik, produk dapur, serta aksesori digital pada harga yang berpatutan, selain menawarkan diskaun hebat sehingga 50% menerusi Courts Flexi Credit.

Macam-macam ada. Tak sangka pulak aku yang Motorsikal pun ada dijual di Courts Megastore ni. Jom tengok barang-barang lain!

Motor Courts

Mega Deal

Home Appliance

Antara daya tarikan Courts adalah Sofa Maker yang membolehkan pelanggan memperibadikan sofa mereka mengikut citarasa sendiri dengan memilih bentuk, fabrik serta warna kegemaran mereka. Mereka dapat melihat lebih 2000 jenis kombinasi rekaan versi digital di Megastor Courts Damansara dan Subang Jaya, serta gedung-gedung lain yang terpilih. Dengan adanya fasiliti Digital Sofa Maker tersebut, pelanggan bukan saja dapat melihat kombinasi yang dipilih dalam sekelip mata, malah Sofa Maker juga dapat mempamerkan empat rekaan bersama untuk memudahkan perbandingan!

Sofa Maker

Selain itu, pelanggan juga boleh memilih set-set ruang tamu serta bilik makan mereka dari rangkaian perabot Raya Courts dengan trend yang terbaharu. Mereka juga dapat menikmati penjimatan hebat, misalnya 3+2 sofa yang bermula dari harga RM1162, serta set perkakas makan 7-keping yang berharga RM299 sahaja. Lebih menarik, mereka dapat menjimat lebih banyak jika mereka membeli pakej ruang tamu yang terdiri daripada sebuah sofa, kabinet TV, meja kopi, serta set perkakas makan yang bermula dari harga serendah RM2999 dengan Courts Flexi Credit.

Menarik pulak aku tengok warna ungu ni. Nampak cool je kan!

Sofa Cantik

Kabinet Courts

Meja Makan

Di samping itu, Courts turut menawarkan pelbagai pakej ruang tamu untuk memudahkan pelanggan membuat gabungan dan pemadanan. Dengan adanya diskaun set bilik tidur sehingga 70%, serta lebih 15 jenama tilam di gedung-gedung yang terpilih, pelanggan dapat membuat persediaan rapi bagi Raya mereka.

Katil Courts

Tilam Courts

Justeru itu, sekarang adalah masa paling sesuai untuk membeli-belah di Courts dengan Flexi Credit. Pelanggan dapat menikmati kemudahan bayaran bulanan serta pelbagai tawaran hebat, termasuk diskaun sehingga 50% di semua gedung, cashback sehingga RM20,000 atau Beli 1 Percuma 2 tanpa bayaran bagi 60 hari. Tambahan pula, pelanggan dapat menikmati manfaat kupon diskaun sehingga RM3,000 yang terdapat dalam katalog Raya Bagus.

Last week pula aku singgah di Courts Kajang. Haaaaa, terus aku beli dua rak buku, satu rak kasut, satu ampaian dan dua stool tempat duduk tu. Haaaaa, boleh lah banyak barang boleh dibeli tau! Semua tu RM300 sahaja yang aku beli. Kena pandai pilih dan membeli.

Voucher Courts

Barang-barang di Courts memang terbaik!! Saya suka! Saya suka! Thanks kepada staf Courts Kajang yang bantu aku bawak barang-barang ni sampai ke kereta aku. Yeay!!

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Raya Bagus anjuran Courts, sila hubungi 1800-88-1832 atau bertanya kepada mana-mana kakitangan Courts.

6,384 total views, 10 views today

Program Qurban & Aqiqah

Comments

  1. Abe Long says

    asl nk puasa ke raya ke, mest iklan2 mcm courts kluar awal promosinya. haha. aku tgk tv smalam dh ada prmosi raya 2015 courts. awal nye. promo kurma pon dh start. yusof taiyob pon dh start berbisik dh dlm radio. hahaha

  2. Tapak kaki says

    nak posa dah kita ni. lepas tu raya. yahoo! haha
    dgr iklan ni mmg ingt kat posa ngan raya la

  3. cakera kan says

    kt intenet pon bnyk la ni. kt website blog blamabka ada banner iklan promo courts raya 2015 ni. skali klik direct g you tube lak. ada jugak iklan. koleksi raya 2015 courts. haish,, awal nau promo nya. haha

  4. kabel says

    patut tnggu posa dulu. pastu baru la iklankan. courts patutnya buat mcm gtu. mcm x kena iklan awl2 sgt.

  5. Abe Long says

    promo awal, boleh plannin awal. nk bli brg ke kuih ke baju baru ke. senang nk bajet. bagus la kalau dh kluar promosi awl2 mcm courts ni. boleh la braya ngan brg baru. raya kan kna la baru hehe

  6. putri diana says

    cakap psl promosi mmg courts tak kalah.
    tgk la iklan dia kat dlm paper. bnyk mana promosi dia buat. tambah2 lak time raya mcm gini

    • datin alyah says

      smpai skrg pon ada lg promosi raya courts tu.
      btul2 ikut raya smpai sbulan ni haha.
      tgk paper hari12 ada iklan. makin bnyk pulak diskaun courts offer.

  7. permata biru says

    elok la kalau ada lg. mana la tau org2 yg nk buat open house lepas raya ni nk tukar prabot baru. boleh tnjuk kt kwn2 ngan sedara mara

  8. alip aziz says

    apa yg mnarik kt courts ni flexicredits nya.
    bla beli brg, harga brg tu dpt lbih murah dr harga biasa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam