Pencetus Ummah Bentuk Generasi Muda

Pencetus Ummah bakal meneruskan legasi untuk membentuk masyarakat terutamanya generasi muda ke arah lebih berwawasan, berakhlak mulia dan perilaku yang baik. Program ini bakal dilengkapkan dengan pelbagai ilmu oleh tokoh terkemuka yang sangat bertauliah dan berpengalaman. Ianya akan memberi penekanan kepada kemahiran untuk pengucapan awam dan keupyaan menerbitkan individu yang berkarisma dalam menyampaikan dakwah secara berhemah.

Pencetus Ummah Duniaku Dakwahku

Program Pencetus Ummah ini menampilkan 12 peserta terbaik yang terpilih dan bakal memberikan ceramahnya setiap minggu di Medan Pencetus Ummah. Isi ketika berucap perlulah mempunyai kualiti pengucapan awam untuk memikat hati juri dan para penonton mengikut masa yang telah ditetapkan. Markah akan dikira menerusi persembahan terbaik dan paling menyakinkan pihak juri. Mereka bakal mendapat bimbingan dari Mudir dan Mursyid yang berpengalaman selain bakal dilatih oleh tokoh pendakwah terkemuka dan barisan pengacara terbaik tanah air.

Peserta Pencetus Ummah 2013

Temui Murabbi (fasilitator) Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah, Ustaz Zulkefli Hamat dan Ustaz Ahmad Tarmizi Abdul Razak dan juga pengacara, Ustaz Dr. Ridhuan Tee Abdullah.

Juri Pencetus Ummah

Hadiah bagi pemenang Pencetus Ummah ini akan mendapat:

Juara : Wang Tunai RM50,000 dan sebuah kereta Toyota Prius C bernilai RM100,000
Naib Juara : Wang tunai bernilai RM30,000
Tempat ketiga dan Keempat : Wang tunai bernilai RM10,000 setiap seorang

Cara undian:
1) layari laman web PENCETUS UMMAH
2) Daftar masuk menggunakan ID Facebook anda
3) Mulakan Undian dengan memilih seorang daripada tiga peserta yang berada di tangga terbawah. Peserta yang mendapat undian tertinggi akan terlepas daripada penyingkiran.

*para penonton hanya akan dibenarkan untuk mengundi sekali sahaja dalam masa satu hari
*Undian mula dibuka pada hari Khamis jam 12 Tengah malam dan ditutup pada hari Khamis minggu berikutnya pada jam 6.00 petang.

Pencetus Ummah Minggu 2 Pencetus Ummah Undi Minggu 2

Jika anda ingin bertanya sebarang soalan, anda boleh tweet di @pencetusummah bersertakan hashtag #PencetusUmmah #TanyaPencetusUmmah

Jangan lupa untuk menyaksikan Pencetus Ummah jam 9 malam di saluran 106 Astro Oasis dan saluran 135 Astro MAYA HD

824 total views, 3 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Jika anda suka dengan entry ini tinggalkan komen atau subscribe ke RSS feed untuk feedburner.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam