shakiddo.com

kau ilhamku

  • Email
  • Facebook
  • Google+
  • Instagram
  • RSS
  • Twitter
  • Home
  • Bloglist
  • Tips Blogging
  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / ASTRO / Pelakon Baru di Oh My English! Class of 2015

Pelakon Baru di Oh My English! Class of 2015

May 24, 2015 KiD 15 Comments

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+

Oh My English! kini kembali lagi..!!!

Kembali dengan musim terbaharu, Oh My English! Class of 2015 akan memperlihatkan bagaimana pelajar 4 Merah kesayangan anda semua menjejakkan kaki ke tahun senior mereka. Jadi, nantikan kejutan besar dan jalan cerita menarik, bersama karakter-karakter yang tidak dapat anda lupakan di samping dialog lucu yang pastinya mencuit hati. Jangan lupa menyaksikan Oh My English! Class of 2015, bersiaran secara eksklusif di Astro TVIQ (saluran 610) dan Astro Maya HD (saluran 135), setiap Ahad, 6.30 petang, mulai 7 Jun 2015.

Baru baru ini, Oh My English! telah mencipta sejarah tersendiri apabila tercalon dalam kategori ‘Children and Young People’, Anugerah Digital Antarabangsa Emmy 2015; menjadikannya rancangan pertama dari Malaysia mendapat pengiktirafan tersebut. Banyak kejayaan yang telah dikecapi Oh My English! sejak mula dilancarkan pada tahun 2012.

Peminat Oh My English

Sokongan berterusan para pelajar, ibu bapa dan hampir kesemua rakyat Malaysia membolehkannya meraih jumlah tontonan seramai 7.9 juta, dan sekali gus menjadikan Oh My English! rancangan ‘edutainment’ paling berjaya di Malaysia. Bukan sahaja di televisyen, malah Oh My English! berjaya mencipta pengaruh yang tersendiri di media sosial dengan lebih 16 juta tontonan direkodkan dalam akaun YouTube, 629 ribu peminat di Facebook dan semakin mendapat tempat di hati pengguna di Twitter dan Instagram.

Mr Henry Middleton

Pada musim ini, penonton akan disajikan dengan kejutan yang cukup besar yang mana Mr Henry Middleton (Zain Saidin) telah mengalami perubahan fizikal sehingga menyebabkan beliau tidak lagi dikenali. Bukan itu sahaja, perhubungannya dengan Cikgu Ayu seakan dilanda badai apabila muncul guru baharu yang cukup kacak dan berupaya menambat hati pelajar dan guru SMK Ayer Dalam iaitu Cikgu Ariff (Nazrief Nazri).

Pelakon Baru Oh My English 215

Selain itu, banyak lagi wajah baharu yang akan menceriakan suasana SMK Ayer Dalam menerusi telatah dan gelagat masing-masing. Ini termasuklah pelajar pertukaran dari Amerika Syarikat yang cukup menawan, Taylor Marie Smith (Juliana Evans) dan para pelajar junior merangkumi si cantik Bella (Chacha Maembong) yang kuat bergosip, si ulat buku Sayur (Azzam Sham) yang gelabah, jejaka pemalu yang mempunyai bakat besar dalam muzik, Zeeq (Afeeq Emir) dan juga si manis Qila (Syamiem Elnisa) yang lemah lembut tutur bahasanya.
Tiada yang lama, tiadalah yang baharu.

Oh My English Fans

Jangan kita lupakan barisan pelakon lama yang sudah sebati dengan Oh My English iaitu See Yew Soon (Roax Tan), Zack (Juzzthin), Jojie (Nadiya Nisaa), Mazlee (Zhafir Muzani), Anusha (Kaameshaa Ravindran) dan Jibam (Akhmal Nazri). Tidak dilupakan juga para guru SMK Ayer Dalam yang tersayang iaitu Cikgu Ayu (Tiz Zaqyah), Miss Soo (Carmen Soo), Puan Aida (Ogy Ahmad Daud) di samping Sarjan (Rahim R2) yang menghidupkan watak pengawal keselamatan yang cukup peramah.

Musim ini juga menjanjikan jalan cerita yang cukup hebat dengan barisan cameo yang popular antaranya Achey, dari kumpulan Bocey yang amat terkenal menerusi rancangan komedi Maharaja Lawak Mega dan juga penyampai radio nombor 1 Malaysia, Hitz FM, Ean dan Adam C. Paling menarik, nantikan kemunculan penyanyi dan juga komposer yang telah berjaya mencipta nama di seluruh dunia, Ed Sheeran. Jadi, jangan lupa untuk mengikuti kesemua 20 episod Oh My English! Class of 2015 untuk melihat sendiri lakonan mereka.

Oh My English Class of 2015 Cast

Sebanyak 20 episod bakal memeriahkan musim terbaru Oh My English! Bersama-sama dua telefilem istimewa yang akan disiarkan pada musim cuti sekolah nanti. Musim terbaharu Oh My English ini menjanjikan lebih banyak keriangan, kejutan dan kaedah baharu untuk memperkasa penguasaan bahasa Inggeris anda. Oh My English! Class of 2015 akan bersiaran secara eksklusif di Astro TVIQ (saluran 610) dan Astro Maya HD (saluran 135), setiap Ahad, 6.30 petang, mulai 7 Jun 2015. Untuk melanggan Astro, hubungi kami di talian 03-95433838 ataupun layari www.astro.com.my.

68,875 total views, 2 views today

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+

ASTRO, SANTAI oh my english 2015 cast, Oh My English! Class of 2015, pelakon oh my english 2015

Comments

  1. Alin Marlini says

    May 25, 2015 at 9:32 am

    tak penah sempat nak tengok…huhuhuhu

    Reply
  2. nikkhazami says

    May 25, 2015 at 11:20 pm

    rindu pulak kat izara aishah dengan maz tu.
    nikkhazami ajak kita terjah..Bertukar dari Android ke iPhoneMy Profile

    Reply
  3. Noriza Rahman says

    May 26, 2015 at 8:19 am

    Juliana Evans sesuai jadi budak sekolah..cute!
    Noriza Rahman ajak kita terjah..Manfaat Vivix Untuk Kesihatan Yang PremiumMy Profile

    Reply
  4. ietams says

    May 26, 2015 at 12:27 pm

    makin ramai orang baru ye..
    ietams ajak kita terjah..Dinner di Downtown MinesMy Profile

    Reply
  5. Khir Khalid says

    May 26, 2015 at 7:11 pm

    Taylor Marie Smith… mmg konfirm bertambah menarik musim ni.. 🙂
    Khir Khalid ajak kita terjah..Yeo’s : Beramal Bersama Bintang Dan Menang Duit RayaMy Profile

    Reply
  6. AUC says

    May 27, 2015 at 10:37 am

    anakk-anak je rajin tengok ni…
    AUC ajak kita terjah..Ubat Sakit Lutut yang MujarabMy Profile

    Reply
  7. eXplorasa says

    May 27, 2015 at 11:09 am

    hmmmm.. lama dah tak layan citer ni…
    eXplorasa ajak kita terjah..Kedai Kopi Din Tokyo Restoran Wajib Singgah Jika Ke Kota BharuMy Profile

    Reply
  8. Dkna Abza says

    May 27, 2015 at 4:08 pm

    tak dop astro.. nak tengok lagumano nie? 😛
    Dkna Abza ajak kita terjah..Monster’s Crazy Crunchy Sehingga Menjilat SuduMy Profile

    Reply
  9. christine says

    May 28, 2015 at 12:48 am

    wow itu gemuk beneran atau boongan sichhh?:) lucuh amat

    Reply
  10. Oja Samid says

    May 28, 2015 at 8:37 am

    antara rancangan tempatan yg saya suka. tapi takde kesempatan nak tengok.. 🙁
    Oja Samid ajak kita terjah..3 Langkah Cerahkan Kulit Secara Semulajadi dan SelamatMy Profile

    Reply
  11. Hazman Fadzil says

    May 28, 2015 at 10:55 am

    Rasanya setiap stesen televisyen perlu ada rancangan sebegini untuk bantu pendedahan berterusan mengenai tatabahasa inggeris untuk kegunaan harian…..
    Hazman Fadzil ajak kita terjah..3 Festival Makan-Makan yang perlu anda terjah minggu ini !!!My Profile

    Reply
  12. situsaya says

    May 28, 2015 at 12:43 pm

    Waah sy suka itu.
    slm kenal ya gan…

    Reply
  13. Shela adziz says

    May 30, 2015 at 5:47 pm

    anak mmg suka tgk, kekadang mak join sekali… 🙂
    Shela adziz ajak kita terjah..Jom Kenal Al Ghoffar Yang Maha PengampunMy Profile

    Reply
  14. kempiskanperutbuncit says

    June 3, 2015 at 5:54 pm

    mak aih, besarnya badan zain, boleh ke jalan tu mr henry

    Reply
  15. muliani says

    June 7, 2015 at 10:38 pm

    bagus sbnarnya cite nii.. dapat mngajar kita BI sedikit sbyak mampu buat kita speaking..

    Reply

Leave a Reply to Dkna Abza Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts
Protected by WP Anti Spam

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Promotion


New Comments

  • PayBackDollar.Com on Dinner Tahun Baru Cina 2019 di Tung Yuen Restaurant, Grand Bluewave Hotel Shah Alam
  • KiD on Animasi PUTERI bakal jadi Fenomena dari Les Copaque
  • Cik Ash on Dinner Tahun Baru Cina 2019 di Tung Yuen Restaurant, Grand Bluewave Hotel Shah Alam
  • Cik Ash on Dinner Tahun Baru Cina 2019 di Tung Yuen Restaurant, Grand Bluewave Hotel Shah Alam
  • Fitri on Animasi PUTERI bakal jadi Fenomena dari Les Copaque
  • SAMSURI MOHAMAD on Dinner Tahun Baru Cina 2019 di Tung Yuen Restaurant, Grand Bluewave Hotel Shah Alam
  • Mama Hakim on Dinner Tahun Baru Cina 2019 di Tung Yuen Restaurant, Grand Bluewave Hotel Shah Alam

Archives

TOP Search

  • 10 Blogger Terbaik Malaysia
  • Air Terjun di Selangor
  • Animasi Puteri Limau Les Copaque
  • Cara Block dan Unblock Website dan PC
  • Cara Elak WiFi kena Curi
  • Download Ayat Ruqyah
  • Hebat sungguh UNIFI
  • Karnival Upin Ipin 2014
  • Misteri Palm Mall Seremban
  • Mistik Ikan Puyu
  • Penjara Sejahtera
  • Pepero Tiada Sijil Halal JAKIM
  • Petua Hilangkan Cirit Birit
  • Semak Status Halal Produk
  • Seminar Lejen IM
  • Spritzer, Kubur Cina dan Halal JAKIM
  • Status Halal LA Coffee Kod E472e JAKIM
  • Strawberi dan Karipap Games

Copyright © 2019 · Shakiddo.com ,member of Denaihati Network