Ketam?
Sedap tuuu…
Lama jugak aku tak dinner makan ketam ni bersama keluarga. Teringat megi kari ketam yang popular di Bucida Court. Malam semalam kebetulan cuti, jadi aku serta isteri, anak dan adik ipar ke Bucida Court untuk makan malam. Encik Crabbb!! Mu tunggu aku datang.
Kami bertolak selepas maghrib ke sana. Seperti biasa lah, guna waze saja. Walau aku tahu lokasinya, tapi aplikasi Waze memang membantu aku untuk elakkan kesesakan jalanraya. Taip je “Bucida Court” dan korang follow je lah. Ada nampak Wisma Mofaz.
So, bila dah sampai.. terus je aku order air buah. Macam-macam ada. tembikai laici, epal, epal asam dan lain-lain. Ais kosong lah order sekali.. Maklumlah macam nak makan banyak je kali ini. hehehe
Kedai yang jual menu ketam ni, namanya Miss Pah Hot Pot’s. Dulu aku dan kengkawan blogger pernah datang sini sambil tengok bola sepak. Ada big screen.
Waaaaah, kali ini kat depan kedai ni ada ketam nipah. Boleh pilih nak yang mana satu. Sebab harganya bergantung kepada saiz.
Mula-mulanya aku ingat ketam tu senyap je. Tapi bila aku angkat.. haaaa, bergerak-gerak. My ilham pun macam geli pulak nak pegang sebab kakinya bergerak-gerak. Sepitnya je diikat. Jadi, aku tak risau nak makan ketam kat sini sebab ianya fresh lagi… Pilih pilih pilih dan suruh je masak.
Nak masak apa yea? Jom tengok menu sikit…
Ada maggi kari ketam, ketam masak butter, ketam masam manis, sup ketam, ketam goreng, yee mee, sizzling dan kali ini aku pilih ketam sambal hijau. Serious nampak tempting!! So… ambik tiga ekor je lah!
Memang semalam aku lapar nasi. Papadom pun ada. Cukup tak nasi ni? hehehehe.. nak tambah ke.. nak ratah lauk.. hehehehe (diet laaa sangat kaann)
Dan selepas itu, lauk pun sampai…!! Ketam yang disimbahi dengan sambal hijau.
Hmmmm.. terus rasa membuak-buak nak makan. Akak tu kasi sudu dan garfu. Terima kasih. Tapi bagi tidak mengecewakan hati dan perasaan ini, makan pakai tangan je. Serius rasa macam nak kokak je terus ketam-ketam ni.
Ni pulak udang butter cheese. Takde dalam menu tau sebab aku request special. Kalau nak udang, ada gerai di sebelahnya. nyum nyum.. (abaikan kalori dalam hidangan ini)
Sayur pun sama.. ada brokoli dan sotong serta sayur-sayuran. Ermm.. Nampaknya Miss Pah Hot Pot’s kena bikin extra menu ni. Hahahaha.. sedap der…
Beginilah rupanya aku yang teruja nak makan ketam. Haishhh… mengidam di hari cuti ni kan.. Kita posing sket yea..
Ada yang pandai makan ketam besar macam ni tak?
Errm…. rasanya tak lah pedas mana. Aku boleh makan lagi ketam sambal hijau ni.
Sangat.. sangat.. sangat berselera…. dan aku tambah nasi lagi.. wife aku pun sama. sedap katanya.
Haaaa, korang jangan risau sebab ada playar untuk kapit dan pecahkan sepit kaki ketam tu. Kalau gigi kuat, boleh laaa cuba nak gigit sepit ketam nipah tu. hahaha.. Di kala ini, korang abaikan sahaja customer di sekeliling korang. Nikmati dengan penuh kesyahduan dan habiskan segala-galanya.
Okay.. lambakan kulit ketam-ketam ni. Ke ada korang yang makan kulit dan sepit sekali..? hehehehe
Aku tengok jam hampir ke 10 malam. Tapi sejak aku datang, pelanggan memang ada je. Alternatif lain, korang boleh makan menu lain di gerai-gerai sebelah seperti sate, char koay teow, western food dan beberapa lagi gerai.
Untuk pengetahuan korang, di Miss Pah Hot Pot’s ni ada juga promosi Ketam Fiesta Mamba. Bagi korang nak merasai maggi kari ketam yang meletup, boleh cuba yang ini jika datang beramai-ramai. Memang meletup. Semalam pun aku ada terjumpa sorang rakan blogger dan Shiha Mentor pun ada singgah di Bucida Court. Ramai jugak artis yang lepak makan kat sini termasuklah kumpulan Shiro, Awal Ashaari, Black Mentor dan lain-lain.
Lokasinya memang dekat dengan Sri Pentas dan One Utama tu je. Seberang jalan tu ada signboard YES yang besar. Haaaaa, kat area situ lah terletaknya Bucida Court. Landmark lain adalah showroom Porsche.
Buat korang yang nak datang makan ketam di Bucida Court, jangan lupa terjah ramai-ramai di :
Bucida Court
Lot 2816 Jalan Damansara, Sungai Penchala
60000 Kuala Lumpur, Malaysia
5.00 petang – 2.00 pagi
Eat . Chat . Chill .
Waze : “Bucida Court”
FANPAGE MISS PAH HOT POT’S
19,599 total views, 3 views today
Huaaaaaa craving ketam tahap paling teruk dah ni.. huaaaaa
Ainaa Roseberry ajak kita terjah..TUTORIAL PING ENTRI | APPS EDISI BLOG
Saya sib baik dapat makan ketam lembut hari tu .. hoho … walaupun tahu had nya boleh bahayakan kesihatan ….
hasrulhassan.com ajak kita terjah..#MyCyberSale Dua Hari Jualan Besar-Besaran Online
tu la Ena….teruk kan si Kid ni duk tayang ketam…dia tau la kita ni hantu ketam kot….tgok dah craving dah…..adoiiii
Musim ketam erk ? Best tu kalo ketam isi penuh..
dkna abza ajak kita terjah..TAHNIAH ! Laman Web Rasmi Kelab Blogger Ben Ashaari
Sedapnya sambal hijau. Makan dengan ikan keli. Perghhhh
lobam ajak kita terjah..78 Kesan Buruk Gula Pasir
Pergghhh….. sambal hijau tu nampak macam best tapi kena hati-hati takut perut meragam sebab tak tahan pedas…. tapi kena cuba jugak udang tu….ratah pun sodap….
Hazman bin Fadzil ajak kita terjah..Terpaksa Beratur Panjang untuk makan di Restoran Nasi Vanggey Ipoh Di Seksyen 19 Shah Alam
terliur aku tgk ketam2 ni. btw aku x minat sgt mkn ketam besar2 ni. lagi suka makan yg kecik2 sbb sedap ratah 😀
bila la lagi nak g PD tangkap ketam ni huhu
mohd rasul abu hanipah ajak kita terjah..Lunch Date Bersama Blogger dan Sharif Sleeq
serius memang terliur habis tengok ketam ni…da lama juga tak makan ketam ni…kalau dapat ratah je pun best ni…yang penting kena guna tangan la…tak main kalau makan ketam guna garfu sudu…heee
Ezad Skytech ajak kita terjah..Keunikan Burger Pattaya
Wah..
Ketam sambal hijau plakkk..
ohcikgu ajak kita terjah..Soalan Sains UPSR 2014 sudah BOCOR!
Alamak habislah diet bro? 🙂
akubiomed ajak kita terjah..Keenakan Cendol Borhan Kuala Selangor
wahh.. rasa terliur pulak tengok ketam tu. dah lama tak makan ketam. ada masa nanti nak singgah situ makan ketam.
terima kasih sebab kongsi tempat makan menarik macam ni.
Cetusan Suara ajak kita terjah..Blog Offline Tak Boleh Buka
mampu terliur je tengok.. lagi2 udang butter cheese tu… uwaaa nak nangis!
Farah ajak kita terjah..Super Detox Set
fuhh..sedapnya ketam~~~tatau pulak area situ ada kedai ketam best. hehe..
Oja Samid ajak kita terjah..Kenapa Kami Suka Meal Shakes Shaklee
arghhh.. ini ketam favourite saya ni kidddd…
Norfanil ajak kita terjah..Baby Sitter : Tips kebahkan demam baby Alisya
Laa, ada kedai makan ka celah celah tu. Dok nampak kedai keret je deret deret. Harga pun munasabah tak payah ke Tanjung Muar lagi.
Adam ajak kita terjah..Membeli barang dari China melalui Ali Express
Uiit…sedapnya. Ketam is my favorite. Dulu saya makan ketam nipah kat
resort Tg Piai Pontian, sekali dia datang dengan player skru untuk kokak
kulit ketam nipah yang keras tuh. Terkojot omak. Tapi rupanya jadi mudah le
pulak nak makan ketam hehe.
pergh meleleh lihat bro makan ketam tu..
Hakim Mahmud ajak kita terjah..Tempat Pelancongan Menarik Di Kelantan
sabra SA sabra…ini godaan untuk yang diet ni…sabar hoke…scroll laju2…