shakiddo.com

kau ilhamku

  • Email
  • Facebook
  • Google+
  • Instagram
  • RSS
  • Twitter
  • Utama
  • Bloglist
  • Tips Blogging
  • Penafian
  • Hubungi Saya
You are here: Home / INFO / Majlis Pra-Pelancaran MAHA2018 #SegalanyaWanita

Majlis Pra-Pelancaran MAHA2018 #SegalanyaWanita

April 3, 2018 KiD 10 Comments

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+

Segalanya Wanita!

Itulah tema yang dipilih bagi MAHA2018.

Seperti yang jutaan pengunjung lain nantikan, acara tahunan yang ditunggu dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani iaitu Ekspo Pertanian, Holtikultur dan Agro pelancongan Malaysia. Untuk MAHA 2018 kali ini bakal diadakan di MAEPS, Serdang Selangor dari 22 November hingga 2 Disember 2018. Tema “Makanan Kita, Masa Depan Kita” masih lagi dikekalkan cuma tambahan tema untuk tahun ini sesuatu yang unik iaitu Segalanya Wanita .

Tahun 2018 dalam MAHA kali ini mengiktiraf peranan wanita dalam usahawan dan sebagai orang penting dalam industri agro-makanan.

Kelainan pada MAHA2018 kali ini ialah mensasarkan lebih kurang 50 peratus penglibatan usahawan wanita dan memilih di antaranya untuk menjadi sumber inspirasi kepada masyarakat di luar. Beberapa Ikon usahawan wanita bakal berganding bahu untuk menjayakan program ini.

Di majlis pra pelancaran MAHA2018, turut diperkenalkan 3 ikon usahawanita yang sudah berjaya dalam bidang agromakanan iaitu Puan Rohazawati (pengusaha durian crepe), Puan Sharifah (pengusaha cili Bangi) dan Puan Norli (usahawan biskut dan kerepek). Menerusi perkongsian ini sebenarnya mengajar betapa wanita itu mampu bangkit dan berani mengharungi segala cabaran. Ini terutamanya mereka mendapat sokongan daripada keluarga yang terdekat seperti suami.

Biarpun wanita itu sudah terlibat dalam bidang usahawan mereka tidak boleh lupa peranan dan tanggungjawab terhadap suami dan keluarga. Jika difikirkan, besar juga jasa mereka yang bergelar wanita.

Perkongsian Dato’ Sri Ahmad Shabery bin Cheek (Menteri di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani) memang cukup menarik dan membuka mata. Beliau memandang tinggi peranan wanita dalam keluarga dan masyarakat hari ini. Mengangkat martabat wanita adalah satu solidariti yang perlu kita perjuangkan hari ini.

Apa yang menarik Dato’ Sri ada berkongsi kisah tentang bagaimana wanita khasnya orang Kedah yang memang suka “menggulai”. Ini membawa maksud wanita yang akan menyediakan masakan gulai untuk keluarga mereka. Kalau orang lama dulu, proses menggulai mengambil banyak langkah dan kaedah tertentu.

Dari proses memotong, mengupas, memarut kelapa, memerah santan, menumis dan sehinggalah ianya menjadi gulai yang sedap. Ianya memerlukan wanita itu melalui pelbagai proses yang luar biasa. Tidak hairanlah kalau wanita itu sanggup melupakan penat mereka setelah penat menggulai bahkan aktivti diteruskan dengan menyuap makan setiap satu mulut anak-anaknya. Betapa besarnya pengorbanan dan kesungguhan wanita dalam kehidupan keluarga.

Untuk MAHA 2018, MOA (Ministry of Agriculture and Agro-based Industry Malaysia) telah menetapkan sasaran jualan sebanyak RM300 juta dan lebih 3.5 juta pengunjung yang mana 30% adalah daripada penglibatan golongan belia. Sepertimana yang kita ketahui sepanjang ekspo MAHA akan dipenuhi dengan pengisian pelbagai aspek agromakanan seperti tanaman, ternakan, perladangan serta perikanan. Terdapat juga pameran dan aktiviti yang melibatkan IT dan teknologi, agro-pelancongan, perdagangan, kulinari, pembiayaan dan banyak lagi.

MAHA2018 juga sedang bergerak untuk jelajah mengikot zon iaitu di Lundu, Teluk Intan dan Kemaman.

Setakat ini MAHA 2018 telah menarik 11 penaja dan rakan strategik, antaranya seperti Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), Agrobank, Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT), Oblong Burger, Sime Darby Plantantion, QSR Brands (M) Holdings Sdn. Bhd., Nestle Malaysia, Jamu Mak Dara, Cervello Tres Sdn. Bhd. dan MEPL.

Bagi yang berminat untuk menyertai MAHA untuk membuka booth, boleh hubungi pihak urusetia memandangkan akan dibuka tempahan gerai jualan. Sehingga entri ini ditulis, dikatakan sebanyak 30 peratus daripada 1500 gerai jualan telah dilanggani. Memang berbaloi bagi usahawan yang berada di MAHA2018 ini.

Boleh hubungi:-
SEKRETARIAT MAHA 2018 
Contact No. : 012-2787936 
Email : maha.sales.team@gmail.com 

Facebook Page : https://www.facebook.com/MAHA2018my
Instagram : https://www.instagram.com/maha2018my

2,215 total views, 5 views today

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+

INFO maeps serdang, maha2018, segalanya wanita

Comments

  1. Ibu Zaid says

    April 4, 2018 at 11:22 am

    Maha terkini sudah tiba, dah lama saya tak berkunjung ke sana. Masalah parking penyebab utama
    Ibu Zaid ajak kita terjah..Puteri Qahrina Chalet : Homestay Melaka yang cantik di tepi pantai!My Profile

    Reply
  2. hujan bulan juni says

    April 6, 2018 at 5:34 pm

    peran wanita dalam agro-makanan memanglah patut diberikan apreasi tinggi.
    hujan bulan juni ajak kita terjah..9 Jenis Kayu Untuk BangunanMy Profile

    Reply
  3. Azmi Abdul Rahman says

    April 6, 2018 at 6:36 pm

    Saya dah agak lama tak pergi maha. Seingat saya kali terakhir pada 6 tahun lepas. Dah tua sekarang ni.
    Azmi Abdul Rahman ajak kita terjah..Wet World Water Park Shah Alam | Tempat Menarik Di Selangor!My Profile

    Reply
  4. mrhanafi says

    April 6, 2018 at 9:39 pm

    menarik.

    penglibatan kaum wanita atau hawa dalam MAHA tidak dapat dinafikan..

    mereka amat proaktif dan progresif dalam menambah pendapatan keluarga
    mrhanafi ajak kita terjah..Zikir Murah Rezeki Yang Mudah Diamalkan Tapi Luarbiasa HebatnyaMy Profile

    Reply
  5. Mazni Azmi says

    April 10, 2018 at 5:29 pm

    Maha memperkasakan wanita untuk menceburo bidang pertanian. Memang bagus tu. Sebab sekarang kita perlu wujudkan lebih banyak peluang pekerjaan
    Mazni Azmi ajak kita terjah..Pantang Bersalin Cepat Baik? Wah Bahaya! Elak 8 Makanan Ini Untuk Cepat SembuhMy Profile

    Reply
  6. Dwi Wahyudi says

    April 11, 2018 at 8:33 pm

    Keren eventnya, menopang perekonomian wanita di Malaysia.
    Dwi Wahyudi ajak kita terjah..Press Release: Diskusi Membedah Gagasan Pembangunan Calon Walikota PontianakMy Profile

    Reply
  7. Sapsibubapa says

    April 15, 2018 at 9:29 am

    Tiap2 tahun tarikan di MAHA xpernah menghampakan. Kena bersabar jelah sbb mmg penuh sesak dgn manusia

    Reply
  8. Mama Hakim says

    April 15, 2018 at 5:44 pm

    Wanita sekarang memang ada kemampuan untuk berjaya di dunia. Tapi jangan lupa bahagian di akhirat dan keluarga.

    Duit tak boleh beli semua perkara
    Mama Hakim ajak kita terjah..Ubat Kencing Manis Terbaik? Sedapnya! Ini 11 Makanan Untuk Kawal GulaMy Profile

    Reply
  9. Mazni Azmi says

    April 18, 2018 at 2:17 pm

    Salam rabu dari Maznee kepada tuan, semoga anak tuan semakin sihat dan sembuh. Allahumma antassalam
    Mazni Azmi ajak kita terjah..Skincare Routine Malaysia? Ini Cara Untuk Kulit Cantik Putih Gebu Seperti Wanita Korea!My Profile

    Reply
  10. Kauthar mohd says

    April 24, 2018 at 2:15 pm

    Memang setuju sangat dengan tema segalanya wanita ni. Memartabatkan usaha wanita dalam industri usahawan.
    Kauthar mohd ajak kita terjah..4 Cara Turunkan Paras Asid Urik Dalam Badan. Mencegah Anda Dari Penyakit GoutMy Profile

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts
Protected by WP Anti Spam

Promosi Agoda


Penawar Berdengkur Kuat

Penawar Sakit Belakang

Buku Jualan 7 Angka Setahun

Komen Terkini

  • Kauthar mohd on Majlis Pra-Pelancaran MAHA2018 #SegalanyaWanita
  • aank on Keenakan pastri di Harold’s Bread
  • titan on Empire Assam Pedas merecik jang!
  • Nano on Keenakan pastri di Harold’s Bread
  • Mazni Azmi on Majlis Pra-Pelancaran MAHA2018 #SegalanyaWanita
  • hujan bulan juni on Citarasa Ramadhan Di Felda D’Saji Bufet Ramadhan 2017
  • Mama Hakim on Majlis Pra-Pelancaran MAHA2018 #SegalanyaWanita

WAKTU SOLAT

ثلاث
08 Sya'ban 1439
Now : Dhuhr (13:11)
Next : Asr (16:28)
Change location

Archives

TOP Search

  • 10 Blogger Terbaik Malaysia
  • Air Terjun di Selangor
  • Animasi Puteri Limau Les Copaque
  • Cara Block dan Unblock Website dan PC
  • Cara Elak WiFi kena Curi
  • Download Ayat Ruqyah
  • Hebat sungguh UNIFI
  • Karnival Upin Ipin 2014
  • Misteri Palm Mall Seremban
  • Mistik Ikan Puyu
  • Penjara Sejahtera
  • Pepero Tiada Sijil Halal JAKIM
  • Petua Hilangkan Cirit Birit
  • Semak Status Halal Produk
  • Seminar Lejen IM
  • Spritzer, Kubur Cina dan Halal JAKIM
  • Status Halal LA Coffee Kod E472e JAKIM
  • Strawberi dan Karipap Games

Copyright © 2018 · Shakiddo.com ,member of Denaihati Network