Lagu BERSIH yang telah di BANNED!

BERSIH! BERSIH! BERSIH! Hari hari aku dah meluat nak tengok berita pasal BERSIH. Ini semua satu lagi cerita politik yang memualkan. Ambik laa dari sudut positif sikit. Dari awal selepas perancangan perhimpunan BERSIH 3.0 ni, aku dapat rasakan semuanya akan ikut skrip. Hmmmm.. macam-macam hal. Nak cakap lebih pun tak boleh, nanti blog aku kena FLAGGED dan BANNED lagi seminggu macam dulu. Ape pun tak boley!!!

Isshh asyik cakap pasal banned ni, jangan blog aku kena banned sudah. hahhaa.. Isu SKMM dah senyap.. Isu Anonymous dah senyap.. isu kartun kat Utusan Malaysia yang menghina hukum Islam pun dah senyap, ni isu BERSIH pulak. Malaysia memang tak sunyi dari cerita sensasi. kan? kan?

Cerita Propa BERSIH 2.0 :

BERSIH 2.0: 60 Pengundi Dalam 1 Rumah..?
MESTI BACA!

Oraait.. korang perasan tak ada satu lagu legend ni macam dah kena banned. Kalau tak tau.. Jom layaaaaannn.. Cuba laa cari VC lagu ni .

Okay geng… nak layan lagu ni jap.. aku kasi lirik skali eh.. chill semuaaa.. Aku Off day dua hari ni sebelum 9hb Julai 2011 Perhimpunan BERSIH 2.0 tu yang bakal ada roadblock banyak2. (kena gi KL awal2 pagi untuk kerja) Dan kali ni pun offday 28 April 2012 untuk BERSIH 3.0

Lirik Lagu Seloka Cak Kun Cak

Tan Sri: Satu masa yang telah silam
M.Nasir: Tak dapat diambil kembali

Tan Sri: Melayu mashyur serata alam
M.Nasir: Hidup mewah gagah sekali

Tan Sri: Pahlawan kita nama terbilang
Ditakuti ramai perwira

M.nasir: Melawan musuh tak terbilang
Duet : Gerak semangat kerana bangsa

Tan Sri: Kelekaan jangan dikenang
M.Nasir: Lautan duka kelak dikenang

Tan Sri: Hampir tinggal sehelai benang
M.Nasir: Bencana sengaja dipinang

Tan Sri: Jika perhati bangsa dagang
Kapak beliung ditangan memegang

M.Nasir: Kekayaan hendang diregang
Duet : Akhirnya saudagar pangkat dijulang

Tan Sri: Disulami syair termashyur
M.Nasir: Usahlah berdengkur
Kita yang bertafakur

Duet: Yang mana khilaf tegur menegur
La..la…la..la…

Korus:
Tan Sri: Kulitnya bersih, hati pun bersih

Budi yang baik hatinya pengasih

Kulitnya bersih hatipun bersih
Memikul belati tiada memilih

Jadikan bersih hatipun bersih
Berkata bermulut fasih

Jadikan bersih, hatipun bersih

Duet: Dialah khazanah pintu terpilih
a.a.aa…aa

Tan Sri: Awak yang payang membelah ruyung
M.Nasir: Orang bertandang yang beroleh untung
Akhirnya kita tak akan dihitung

p/s: hayatilah lirik lagu ini betul-betul yea…

237 total views, 2 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam