shakiddo.com

kau ilhamku

  • Email
  • Facebook
  • Google+
  • Instagram
  • RSS
  • Twitter
  • Home
  • Bloglist
  • Tips Blogging
  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / SANTAI / Klinik 1Malaysia bantu mudahkan rakyat

Klinik 1Malaysia bantu mudahkan rakyat

April 29, 2018 KiD 38 Comments

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+

Dalam kehidupan kita ada masa kita sihat, ada masa kita sakit dan demam. Ke mana biasa kita pergi?

Ada yang pergi ke klinik swasta dan ada juga yang ke klinik kerajaan.

Pernah dengar Klinik 1Malaysia tak?

Klinik 1Malaysia merupakan sebuah projek klinik yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak di Flet Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur pada 7 Januari 2010.  Usaha ini merupakan salah satu bukti kerajaan prihatin dengan golongan berpendapatan rendah.

Nak masuk klinik bukan dengan perbezaan fahaman politik, bangsa, agama ataupun peringkat umur. Siapa yang sakit, boleh ke klinik 1Malaysia. Usah tunggu sakit kronik baru nak ke klinik.

Klinik 1Malaysia mudah dikunjungi

Klinik ini diwujudkan agar dapat memperluaskan kemudahan kesihatan kepada penduduk selain klinik kesihatan sedia ada dan hospital daerah. Klinik 1Malaysia ditempatkan di kawasan perumahan mereka, jadi tidaklah perlu lagi berkenderaan yang jauhnya sehingga 10 kilometer ke Klinik-klinik Kesihatan dari rumah. Ia dibuka dari 10 pagi hingga 10 malam termasuk cuti sekolah atau perayaan.

Memang betul ada klinik kesihatan atau klinik swasta lain yang mungkin berhampiran dengan rumah. Akan tetapi, adakalanya jarak dan kos menjadi halangan kepada sesetengah rakyat. Jika ada mengalami sakit-sakit yang ringan, bolehlah ke klinik 1Malaysia ini.

Antara perkhidmatan di Klinik 1Malaysia adalah rawatan untuk demam, batuk, selsema, rawatan susulan kes pesakit kronik yang stabil termasuklah penyakit kencing manis, darah tinggi. Bagi prosedur rawatan ringan seperti mencuci luka serta buka jahitan pun boleh dilakukan. Mungkin ada rakyat metropolitan yang sudah ke klinik 1Malaysia, contohnya di Wilayah Persekutuan ini. Ada beberapa lagi lokasi Klinik 1Malaysia di Wilayah Persekutuan.

Lega dengan wujudnya Klinik 1Malaysia

Memang memberikan kelegaan kepada kebanyakan rakyat. Antara kemudahan lagi yang disediakan termasuk rawatan asas, rawatan penyakit kronik serta kesihatan ibu dan anak, di mana bayaran RM1 dikenakan bagi warganegara dan percuma untuk warga emas. Untuk warganegara asing, cajnya adalah RM15.

Semua klinik ini dipantau oleh Jabatan Kesihatan bagi memastikan segala kemudahan dan bekalan ubat sentiasa mencukupi. Jika ada kes-kes yang di luar bidang perkhidmatan penolong pegawai perubatan atau kes-kes yang perlu dilihat oleh pegawai perubatan, maka akan dirujuk ke klinik kesihatan atau hospital berdekatan.

Jom tengok video Klinik 1Malaysia di Youtube ini :

Secara peribadinya, aku memang sokong dan bersyukur sangat dengan wujudnya Klinik 1Malaysia ini. Usaha mewujudkan klinik itu menunjukkan kerajaan sentiasa mencari jalan terbaik dalam menyediakan kemudahan atau perkhidmatan serta meringankan beban rakyat.

Aku pun dah selalu ke hospital dan klinik akhir-akhir ini. Melihat ramai orang yang pagi-pagi beratur ambil nombor untuk mendapatkan rawatan, maka disyorkan untuk banyakkan juga Klinik 1Malaysia ini. Kasihan juga melihat warga emas datang bertongkat, berkerusi roda, ibu mengandung dan anak-anak kecil yang amat memerlukan rawatan.

Ya betul jika nak cepat, pergi ke klinik swasta. Tapi jika satu orang anak sakit mungkin kos dalam RM40-RM60 seorang, berapa pula jumlah jika kena demam dua tiga orang dalam sekeluarga. Terkena pula pada tengah bulan bagi yang kurang berada, sudah pastilah akan memberikan pelbagai impak.

Bagi yang nak ke klinik 1Malaysia, boleh ke Senarai Klinik 1Malaysia

4,857 total views, 10 views today

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+

SANTAI klinik 1Malaysia, lokasi klinik 1Malaysia

Comments

  1. jalan jalan says

    April 29, 2018 at 10:05 pm

    mudahnya mendapatpelayanan kesehatan berkualiti semoga bisa membantu rakyat kecik
    jalan jalan ajak kita terjah..Es Pisang Coklat PraktisMy Profile

    Reply
  2. Kisah si dairy says

    April 29, 2018 at 11:20 pm

    Betul-betul membantu..dekat dengan rumah dan soal bayaran taklah rasa terbeban

    Reply
  3. Fara says

    April 29, 2018 at 11:51 pm

    Alhamdulillah… Byrn rm1 tu dah cukup murah .. Service pon tip top…

    Reply
  4. titan says

    April 30, 2018 at 12:15 am

    semoga lebih banyak klinik dan hospital dibina pada masa hadapan.

    hoho..
    titan ajak kita terjah..Speech Theraphy One Two ThreeMy Profile

    Reply
  5. Papaglamz says

    April 30, 2018 at 5:21 am

    Klinik satu malaysia memberikan servis yg terbaik utk masyarakat di Malaysia.

    Reply
  6. sharina elyana says

    April 30, 2018 at 8:22 am

    dpt bantu mereka yg tidak berkemampuan dtg untuk terima rawatan lanjut

    Reply
  7. Eyqa Hasnan says

    April 30, 2018 at 8:59 am

    Kalau ada yang bising cakap ubat sekarang mahal, patut baca entry nie. Klinik 1Malaysia ada untuk membantu kita hanya RM1 sahaja.

    Reply
  8. Mrs Pip says

    April 30, 2018 at 10:10 am

    so far klinik 1Malaysia ni, service memang bagus …

    Reply
  9. Fieza Sani says

    April 30, 2018 at 11:41 am

    ha’ah bagus sangat klinik 1M ni..kalau sakit yang ringan2 macam demam ke selsema..tak ada la takut nak ke klinik..paham je la kalau klinik swasta, mau baper kena caj…

    Reply
  10. ematunz says

    April 30, 2018 at 1:25 pm

    servis dia pun pantas dan terautur. pernah pergi dulu

    Reply
  11. JMR says

    April 30, 2018 at 2:00 pm

    Rugi kalau tak guna kemudahan yang disediakan oleh kerajaan ni. At least dapat ringankan beban bila ahli keluarga terkena musibah kan.
    JMR ajak kita terjah..Cipta Peluang, Jana Pendapatan dengan e-Usahawan dan e-Rezeki. #YOUCANDUITMy Profile

    Reply
  12. Ida says

    April 30, 2018 at 3:10 pm

    Memang salu cari klinik 1malaysia je. Sbb murah hihi

    Reply
  13. SHAFYQAH AZAHAR says

    April 30, 2018 at 3:29 pm

    sha pun bersyukur sangat ada klinik 1 malaysia ni, dapatlah meringankan beban golongan yang kurang berkemampuan.

    Reply
  14. Fuzy Hamid says

    April 30, 2018 at 3:55 pm

    Murah dan terbaik utk membantu golongan kurang kemampuan dan diharap dapat membantu mereka ni

    Reply
  15. ArylJe says

    April 30, 2018 at 6:13 pm

    Bagus bila ada klinik ni, kalau time emergency, kena pulak insurance tak ada…

    Reply
  16. Ibu Zaid says

    April 30, 2018 at 6:57 pm

    Belum pernah cuba lagi pergi klinik satu malaysia ni. Insyaallah satu masa nanti akan singgah
    Ibu Zaid ajak kita terjah..Makan Sedap Di KL? Aduh Laparnya! Ini 10 Tempat Best di Kuala LumpurMy Profile

    Reply
  17. safurara says

    April 30, 2018 at 7:16 pm

    terbaek, boleh pergi nanti. tak sanggup nk pergi klinik sawasta.

    Reply
  18. Luqman Zakaria says

    April 30, 2018 at 7:59 pm

    Kat Kg kalau nak ke klinik mesti ayah akan ke klinik 1Malaysia sebab Murah dan servis pon ok . Yang penting dekat dengan rumah.

    Reply
  19. Inani Hazwani says

    April 30, 2018 at 11:57 pm

    Bagus klinik 1 Malaysia ni, murah pun iyee jugak.

    Reply
  20. Ana Jingga says

    May 1, 2018 at 2:32 pm

    paling tidak pun adanya pilihan alternatif untuk rawatan sakit ringan di kalangan yang kurang berkemampuan.

    Reply
  21. Nina Mirza says

    May 3, 2018 at 12:17 am

    Nina sendiri prefer pi Klinik 1Malaysia bila tak sihat. Lebih cepat dan dengan RM1 , kita dapat ubatan yang bagus setanding klinik swasta
    Nina Mirza ajak kita terjah..Korang panggil Belebat ke Lepat pisang? Yang pasti bukan pelipat kannn? HahahaMy Profile

    Reply
  22. Cikla Shahril says

    May 3, 2018 at 5:20 am

    Mmg bagus sgt adanya klinik ni…

    Reply
  23. Mama Hakim says

    May 3, 2018 at 2:57 pm

    Assalamualaikum, Mama singgah blog walking di petang khamis. Semoga tuan shakkido sekeluarga sihat dan semakin di berkati.

    Selagi ada peluang untuk berjimat elok kita manfaatkan
    Mama Hakim ajak kita terjah..Ubat kencing manis tradisional? Bagusnya Petua! Ini 10 Herba untuk kawal gulaMy Profile

    Reply
  24. sayidah says

    May 3, 2018 at 3:48 pm

    murahnyaaa! sangat bagus ada klinik 1 Malaysia ni. meringankan beban warga kota.

    Reply
  25. Cik puan ena says

    May 3, 2018 at 5:13 pm

    Sgt2 membantu org mcm sy ni nk kejar masa cepat. Dekat dgn rumah n xramai org. Xperlu p bandar lgi.

    Reply
  26. Marsha says

    May 3, 2018 at 5:15 pm

    Kemudahan seiring dengan kesihatan
    Marsha ajak kita terjah..Kulit Lembap dan Bermaya Hanya 3 Langkah Dengan Althea Bare EssentialsMy Profile

    Reply
  27. Marsha says

    May 3, 2018 at 8:15 pm

    Bayaran yang murah tetapi sangat selesa
    Marsha ajak kita terjah..Kulit Lembap dan Bermaya Hanya 3 Langkah Dengan Althea Bare EssentialsMy Profile

    Reply
  28. Noor Akma says

    May 3, 2018 at 9:17 pm

    Inilah klinik untuk insan marhaen yang tidak berkemampuan ke klinik swasta. Singgit je dah boleh jumpa doktor dan dapat ubat

    Reply
  29. Safurara says

    May 3, 2018 at 11:17 pm

    Jimat banyak. Alhamduliah.

    Reply
  30. Safurara says

    May 3, 2018 at 11:18 pm

    Jimat banyak. Alhamduliah. Leh pegi nanti.

    Reply
  31. ATIKAH NORBAKI says

    May 5, 2018 at 4:36 pm

    Usaha murni Kementerian Wilayah Persekutuan perlu diteruskan demi kesejahteraan orang ramai.

    Reply
  32. Auni Tunsha Ayunie says

    May 6, 2018 at 4:34 pm

    Alhamdulillah, tiada alasan untuk tidak pergi ke klinik jika sakit. Murah pun murah.

    Reply
  33. AimNub Haris says

    May 7, 2018 at 12:50 pm

    Jimat masa dan jimat wang dengan Klinik 1M ni.. 🙂

    …

    Reply
  34. katijah bt tugiman says

    May 7, 2018 at 3:52 pm

    memang bagus klinik 1M ni, dekat dengan kawasan perumahan dan tak perlu tunggu lama untuk ke hospital.

    Reply
  35. Afizah Abd Rahman says

    May 8, 2018 at 12:24 pm

    Murah dan berbaloi lah klinik 1M ni.

    Reply
  36. Ciktie says

    May 11, 2018 at 11:56 am

    Kalau nak pergi klinik swasta memang kadang-kadang tu rasa cam tak berbaloi juga kalau perkhidmatan tu kita boleh dapatkan dengan harga yang lebih murah dekat klinik 1Malaysia ni hehe

    Reply
  37. Maria Firdz says

    May 12, 2018 at 12:33 am

    klinik ni tak ramai orang… sama je perkhidmatannya dgn klinik kerajaan yang lain….

    Reply
  38. Ubat Kencing Manis says

    May 13, 2018 at 3:56 pm

    Sangat membantu rakyat yang berpendapatan rendah.

    Reply

Leave a Reply to Papaglamz Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts
Protected by WP Anti Spam

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Promotion


New Comments

  • KiD on Animasi PUTERI bakal jadi Fenomena dari Les Copaque
  • Cik Ash on Dinner Tahun Baru Cina 2019 di Tung Yuen Restaurant, Grand Bluewave Hotel Shah Alam
  • Cik Ash on Dinner Tahun Baru Cina 2019 di Tung Yuen Restaurant, Grand Bluewave Hotel Shah Alam
  • Fitri on Animasi PUTERI bakal jadi Fenomena dari Les Copaque
  • SAMSURI MOHAMAD on Dinner Tahun Baru Cina 2019 di Tung Yuen Restaurant, Grand Bluewave Hotel Shah Alam
  • Mama Hakim on Dinner Tahun Baru Cina 2019 di Tung Yuen Restaurant, Grand Bluewave Hotel Shah Alam
  • KiD on Dinner Tahun Baru Cina 2019 di Tung Yuen Restaurant, Grand Bluewave Hotel Shah Alam

Archives

TOP Search

  • 10 Blogger Terbaik Malaysia
  • Air Terjun di Selangor
  • Animasi Puteri Limau Les Copaque
  • Cara Block dan Unblock Website dan PC
  • Cara Elak WiFi kena Curi
  • Download Ayat Ruqyah
  • Hebat sungguh UNIFI
  • Karnival Upin Ipin 2014
  • Misteri Palm Mall Seremban
  • Mistik Ikan Puyu
  • Penjara Sejahtera
  • Pepero Tiada Sijil Halal JAKIM
  • Petua Hilangkan Cirit Birit
  • Semak Status Halal Produk
  • Seminar Lejen IM
  • Spritzer, Kubur Cina dan Halal JAKIM
  • Status Halal LA Coffee Kod E472e JAKIM
  • Strawberi dan Karipap Games

Copyright © 2019 · Shakiddo.com ,member of Denaihati Network