Sempena Hari Kemerdekaan ke-57 Malaysia, Astro akan menjalankan dua kempen Merdeka yang bermula dari 15 Ogos 2014 hingga 16 September 2014 sebagai tanda penghormatan kepada Malaysia dan semua rakyat Malaysia. Kempen pertama, Negaraku akan mempersembahkan Malaysia melalui 48 program baru di beberapa saluran TV Astro untuk meraikan keindahan dan kepelbagaian negara Malaysia. Kempen Merdeka yang kedua, Kempen Derma Darah #kitasama di seluruh negara yang bertujuan untuk memperkuatkan mesej kami iaitu “Semangat Perpaduan Mengalir dalam Diri Kita”
“Sempena sambutan Merdeka ini, kami akan menjalankan dua kempen. Kempen Negaraku akan menyiarkan 48 program tempatan dan antarabangsa yang baru untuk meraikan kepelbagaian, keunikan, keindahan dan perpaduan Malaysia. Untuk menambahkan lagi elemen keseronokan dalam kempen ini, kongsilah detik-detik kemerdekaan anda bersama kami dengan menggunakan hashtag #kitasama. Pada masa yang sama, kempen derma darah #kitasama ini menekankan kepentingan perpaduan kebangsaan dan sifat tolong-menolong antara rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang” -Henry Tan, Ketua Pegawai Operasi Astro-
Terdapat 48 rancangan baru, antaranya ialah ‘Saloma’ (Astro First, CH480), ‘Selempang Kuning’ dan ‘Kerana Anggun’ (Astro PRIMA, CH105), ‘Sambanthan’ (Vaanavil, CH201) dan ‘Family GO CUTI’ (Astro AEC, CH301), ‘Jiwa dan Ragaku’ (Astro Arena, CH801), ‘Oh My English!: 1957 Merdeka Part 1 & 2’ (Astro TVIQ, CH610), dan banyak lagi.
Kepelbagaian dan kebudayaan Malaysia juga akan menjadi fokus kali ini dalam saluran TV antarabangsa Astro dengan rancangan-rancangan utama seperti ‘Ride & Seek: Borneo’ (HISTORY, CH555), ‘Jonathan Phang’s Gourmet Trains’ (AFC, CH703), ‘Time Capsule Malaysia’ (HISTORY, CH555), ‘Malaysia Street Food Circus with Makansutra’ (TLC, CH707), ‘Megastructures: The Penang 2nd Bridge’ (National Geographic Channel, CH553), ‘KL Enforcers’ (CI, CH732) dan ‘Eye on Malaysia: Malaysia’s Best Teachers’ (Discovery, CH551).
“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Astro kerana menjemput kami untuk menjadi sebahagian daripada kempen derma darah #kitasama. Kempen ini juga disokong oleh sekumpulan artis yang boleh meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kempen ini. Kami juga ingin mengambil peluang ini untuk menggalakkan lebih banyak rakyat Malaysia untuk menderma darah kepada Pusat Darah Negara kerana hanya terdapat 2.5% daripada rakyat Malaysia yang menjadi penderma.” Dato’ Dr Faraizah Bt Dato’ Abd Karim, Timbalan Pengarah Pusat Darah Negara
Bakat-bakat dan artis Astro telah meluangkan masa untuk menyertai kempen derma darah #kitasama. Sarimah Ibrahim dari MIX FM, Radio Astro menyatakan bahawa, “Kempen derma darah #kitasama ini bertujuan untuk menyampaikan mesej penting bahawa walaupun kita mungkin berbeza dalam pelbagai aspek, tetapi akhirnya, kita semua sama sahaja dan dapat bersatu padu sebagai satu negara. Saya berasa amat bangga menjadi sebahagian daripada kempen yang menggariskan kepentingan perpaduan negara.” Sementara itu, Asmawi Bakiri dari Astro Arena juga menyebut bahawa, “Saya berharap bahawa kami dapat membantu kehidupan orang lain dan menghimpunkan orang ramai untuk membantu sesama rakyat Malaysia yang memerlukan darah.”
Kempen derma darah ini akan diadakan di 8 negeri termasuklah Malaysia Timur untuk menggalakkan rakyat Malaysia supaya menderma darah kepada Pusat Darah Negara Malaysia. Orang ramai dijemput untuk menyertai kempen derma darah ini di:
- KSL City Mall, JB (15 & 16 Ogos),
- East Coast Mall, Kuantan and Greentown Mall, Ipoh (23 & 24 Ogos),
- Cheras Leisure Mall, Klang Valley (30 & 31 Ogos),
- Stadium Sultan Mizan, Planet Gempak Kuala Terengganu (5 & 6 September),
- Prangin Mall, Penang and Centerpoint, Kota Kinabalu (13 & 14 September), and
- Plaza Merdeka, Kuching (16 September).
Para penonton boleh melayari www.astro.com.my/Negaraku untuk mendapatkan jadual rancangan Merdeka dan juga maklumat lokasi kempen derma darah #kitasama
8,479 total views, 1 views today
Bestnyaaa dapat derma darah… Tempat paling dekat dengan rumah ena, klang, 2 jam juga la nak sampai.. Teringin nak turut serta… Terbaiklah Astro
Ainaa Roseberry ajak kita terjah..PENYAKIT VIRUS EBOLA
Lama aku tak derma darah…
Kalau nurse cun camtu, aku pun nak join.. he he
Fazrol ajak kita terjah..Jom join Cabaran Shell FuelSave!
Dulu kerap juga derma whole blood atau Apheresis di PDN. Boleh ambil peluang untuk menderma lagi.
akubiomed ajak kita terjah..Altel 4G prepaid sudah dimiliki
teringin nak derma darah… tapi sekarang berat tak cukup syarat pulak…
Cheq Eem ajak kita terjah..Segmen Kopi: The Chemistry Cafe Seksyen 7 Shah Alam
Hurmm…. ingatkan tuan punya blog yang pergi DERMA DARAH….. hehehehehe….
Hazman Fadzil ajak kita terjah..Promosi Buffet Dinner ARABIAN DELIGHTS – Vogue Cafe Renaissance Kuala Lumpur Hotel
Saya tak pernah pun derma darah..
Rasanya saya punya pallet darah rendah sangat..
Selalu je pitam, pucat..
Tu sebab tak berani.. hehe
ANIRAH AZURI ajak kita terjah..Rahsia Pakar Affiliate Terbongkar – Video Intensif Affiliate
lamenye tak derma darah..tapi xde rezeki nak join..tengah sarat mengandung..hihi
Mummy Dina ajak kita terjah..Penjagaan Luka Bersalin