shakiddo.com

kau ilhamku

  • Email
  • Facebook
  • Google+
  • Instagram
  • RSS
  • Twitter
  • Home
  • Bloglist
  • Tips Blogging
  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / INFO / Karnival Upin dan Ipin 2014

Karnival Upin dan Ipin 2014

November 4, 2014 KiD 28 Comments

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+

Sudah pasti ramai yang masih ingat dengan movie Geng : Pengembaraan bermula.

Aku masih ingat lagi di mana masa tu beberapa bulan selepas bergelar suami isteri, kami menonton filem tersebut. Memang seronok anak-anak kecil menonton apatah lagi golongan dewasa seperti kami ini. Upin dan Ipin berjaya mempengaruhi ramai orang di Malaysia khususnya selain negara-negara jiran dan eropah. Bermula dengan musim pertama dan kini sudah sampai ke musim kelapan.

Tshirt Geng

Ingatkan kami saja yang suka, tetapi anak pun suka. Bila my prince ilham tu dah membesar, dia pun suka menonton Upin dan Upin.

Kisah Karnival Upin Ipin dan Ultraman di PICC

Restoran upin ipin

Restoran upin ipin

Memang majoriti anak-anak kecil zaman sekarang membesar dengan menonton kartun Upin dan Ipin ini. Tengoklah, sampai hafal jalan cerita animasi Upin Ipin ini. Dulu, ada juga impian nak bawa my ilham untuk berjumpa dengan maskot Upin Ipin.

upin dan ipin galaxy tab

Kenangan bersama Geng Les Copaque

Seperti tidak percaya akhirnya dapat ke pejabat urusan Les Copaque di Seksyen 13 Shah Alam. Melihat sendiri di studio dan juga diterangkan cara-cara animasi Les Copaque ini dihasilkan. Cukup menarik dan pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Jarjit Upin Ipin

Cuba teka mana satu Jarjit dan Fizi?

Tuan Haji BurhanuddinPeluang untuk duduk semeja dan mendengar pengalaman dari Pengarah Urusan Les Copaque, Tuan Haji Burhanuddin, cukup bermakna apabila beliau bercerita mengenai misi dan visi yang sedang dilakukan.

Upin & Ipin juga mengorak langkah dengan pembukaan restoran Lalapan di Ayer8 di Putrajaya selain restoran Upin Ipin yang mempunyai banyak cawangan di seluruh negara. Dikesempatan aku singgah berbuka puasa tahun ini di restoran tersebut, sempat aku temukan isteri dan anak dengan pelakon suara Mei Mei, Cikgu Melati dan sudah semestinya Opah (Hajah Ainon) dan Tok Dalang (Haji Burhanuddin) Korang boleh baca cerita tersebut di Restoran Lalapan Upin Ipin Putrajaya.

Blogger Mohd Zarin

Mei Mei Upin Ipin

Maskot Upin Ipin

Siapa tidak teruja berjumpa dengan maskot Upin dan Ipin termasuklah my prince ilham yang akan menyambut hari lahirnya yang keempat pada 18 November ini. Jadi, sekali lagi sudah tentu aku akan bawanya ke Putrajaya International Convention Centre yang merupakan lokasi berlangsungnya Karnival Upin dan Ipin ini.

Lepas ni mungkin boleh jumpa pelakon suara Upin Ipin yang terkini iaitu Asyiela Putri dan pelakon suara yang lain termasuklah maskotnya sekali. Mael? Dua singgit! dua singgit!

Jersi Upin Ipin

Jangan lupa beli Jersi Upin Ipin di Upin Ipin Store!

Karnival Upin dan Upin 2014Tambah istimewa lagi, buat pertama kalinya Les’ Copaque Production bekerjasama dengan syarikat gergasi Jepun iaitu Tsuburaya dengan menampilkan watak terbaru Ultraman di Karnival Upin & Ipin. Pelbagai aktiviti menarik yang akan berlangsung di karnival tersebut di mana terdapat penampilan istimewa maskot-maskot dalam animasi Upin dan Ipin.

Aturcara Karnival Upin Ipin

Jom tengok apa pesanan Opah mengenai Karnival upin dan Ipin 2014 ini.

Betul Betul Betul!

Dah lama nak ke Karnival seperti ini. Bawa mak, ayah, anak-anak, anak sedara, anak jiran, anak kawan-kawan, abang, kakak, dan semua sekali lah! Jom ke Karnival Upin & Ipin 2014 ni. Jadi, pada yang nak datang ke Karnival Upin dan Ipin, jangan lupa set tarikh tau!

Karnival Upin & Ipin 2014
Lokasi : PICC, Putrajaya
Masa : 9 pagi – 10 malam
Tarikh : 21-23 Nov. 2014
Masuk adalah PERCUMA

Maskot Upin Ipin

46,416 total views, 8 views today

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+

INFO, SANTAI karnival upin ipin 2014, karnival upin ipin ultraman, Kartun Puteri, les' copaque, maskot upin ipin, tiket karnival upin ipin, Tsuburaya, ultraman putrajaya, ultraman upin ipin

Comments

  1. akubiomed says

    November 4, 2014 at 4:17 pm

    Memang kena dengan cuti persekolahan tidak lama lagi. 🙂
    akubiomed ajak kita terjah..Mengimbau zaman kanak-kanak dengan susu F&NMy Profile

    Reply
    • KiD says

      November 4, 2014 at 5:31 pm

      jangan lupa bawak sekeluarga bro.. abang koning nak ikut tu.. hehehehe
      KiD ajak kita terjah..Karnival Upin dan Ipin 2014My Profile

      Reply
  2. Hafiz Rahim says

    November 4, 2014 at 4:31 pm

    Ala.. tarikh ni macam aku tak ada je.. hmm
    Hafiz Rahim ajak kita terjah..Major Servis Toyota Vios KuMy Profile

    Reply
    • KiD says

      November 4, 2014 at 5:28 pm

      balik kampung ke bro..? 3 hari ni… mesti ramai orang…
      KiD ajak kita terjah..Karnival Upin dan Ipin 2014My Profile

      Reply
  3. suri says

    November 4, 2014 at 5:23 pm

    tarikah bila huaa…cma nak pergi jer heeee

    Reply
    • KiD says

      November 4, 2014 at 5:27 pm

      suri, tarikh dah ada tulis dah tu… kat poster skali pun ada.. hehehee
      KiD ajak kita terjah..Karnival Upin dan Ipin 2014My Profile

      Reply
  4. suri says

    November 4, 2014 at 5:24 pm

    sesekali jadi budak apa salahnya bolehkan sahaja ya
    suri ajak kita terjah..Resepi Topping Cokelat Donut Ala Big AppleMy Profile

    Reply
  5. Hazman Fadzil says

    November 4, 2014 at 5:27 pm

    Bijak sungguh diorang buat karnival di awal permulaan musim cuti sekolah akhir tahun nie….
    Hazman Fadzil ajak kita terjah..Putrajaya seafood restaurant kini dikenali sebagai Spring Garden PutrajayaMy Profile

    Reply
    • KiD says

      November 4, 2014 at 5:32 pm

      time minggu tu pun banyak program kat area Putrajaya.. confirm ramai orang.. dengan soft launch IOI pada 20hb tu…
      KiD ajak kita terjah..Karnival Upin dan Ipin 2014My Profile

      Reply
  6. Mohd Zarin says

    November 4, 2014 at 5:47 pm

    Wau, dari zaman kurus lagi.. sampai sekrang … hehe..
    Mohd Zarin ajak kita terjah..Jom Jalan-Jalan Jepun (Bahagian 1)My Profile

    Reply
    • KiD says

      November 4, 2014 at 5:58 pm

      sekarang pun kurus laaa.. hehehehe
      KiD ajak kita terjah..Karnival Upin dan Ipin 2014My Profile

      Reply
  7. ryyhan kamarudin says

    November 4, 2014 at 9:12 pm

    Wah best ni…anak2 sure suka, cumanya jgn nangis sudah sbb slama ni takut bila nampak maskot

    Reply
    • KiD says

      November 4, 2014 at 9:18 pm

      kalau kat karnival.. ramai budak2.. kena convince dia laaa.. seronok tau!

      Reply
  8. titan says

    November 4, 2014 at 9:27 pm

    jersi no.9 tu memang cantek ah.
    titan ajak kita terjah..Banyak BETUL blog cerita pasal Shaklee sekarang eh?My Profile

    Reply
  9. Fyda Noh says

    November 5, 2014 at 12:16 am

    Anak saya umur setahun tu pun dah pandai tengok upin ipin. Tapi saya tak berapa berkenan sebab diorang cakap ‘aku kau’, macam x sesuai untuk budak-budak.
    Fyda Noh ajak kita terjah..Ibu Hamil Kempunan Tak Dapat Minum VivixMy Profile

    Reply
  10. afasz says

    November 5, 2014 at 1:31 am

    haha comey nye gambar yg last tu. kid di apit… seronok nye kalau dpt pegi… >_<

    tp cam malas sbb ramai org. sesak mesak.. kalau umaira solehah dah pandai mewarna nnti leh la p. hehe. ada gak aktiviti.
    afasz ajak kita terjah..Barakallahulakuma Asraf & HidayatiMy Profile

    Reply
  11. onlajer says

    November 5, 2014 at 10:52 am

    oh dah cuti sekolah dah tarikh itu, macam boleh pergi je
    onlajer ajak kita terjah..Blogger buat duit onlineMy Profile

    Reply
  12. Oja Samid says

    November 5, 2014 at 11:39 pm

    nie kalau anak2 tau mesti ajak pegi..tapi jauh tuuu..hehehe..
    Oja Samid ajak kita terjah..Resepi Sarapan Anak Sekolah yang Mudah, Sedap dan BerkhasiatMy Profile

    Reply
  13. Noriza Rahman says

    November 6, 2014 at 3:14 pm

    Saya pun nak terah PICC juga ni, bawa 2 puteri peminat UI ni..kalau terserempak dengan family abam shakiddo pun best juga 🙂
    Noriza Rahman ajak kita terjah..Waspada! Bahaya Minyak IkanMy Profile

    Reply
    • KiD says

      November 7, 2014 at 7:40 am

      Jom jom jom…. hari sabtu mungkin ke sana…

      Reply
      • noriza rahman says

        November 18, 2014 at 7:54 am

        InsyaAllah sabtu pagi saya bawa puteri2 saya g PICC..mana tahu ada peluang jumpa blogger Kiddo n fmly ????
        noriza rahman ajak kita terjah..GLA bertindak sebagai penahan selera!My Profile

        Reply
  14. ishak says

    November 7, 2014 at 4:22 pm

    selain upin dan ipin aku suka menonton boboy,bukan apa aku kagum dengan hasil kerja anak tempatan
    ishak ajak kita terjah..Tarikh Tayangan Dan Sinopsis Big Hero 6 2014My Profile

    Reply
  15. cikgu naman says

    November 10, 2014 at 10:09 am

    yes..dah dekat ni..mesti seronok anak..cuma anak yang kedua tu takut dengan patung besar bulak..hehe
    cikgu naman ajak kita terjah..#P1NostalgicNation : Mengimbau Zaman Kanak², Mengeratkan Hubungan Bersama AnakMy Profile

    Reply
    • KiD says

      November 12, 2014 at 3:14 pm

      alaaa bro… bila ramai-ramai budak nanti, diorang seronok nyer.. jom.. aku datang sabtu.
      KiD ajak kita terjah..Asam Pedas Udang Galah dan Mee Udang D’Laila SupPowerMy Profile

      Reply
  16. cikbunga says

    November 18, 2014 at 4:19 pm

    salam singgah 😉
    nak Tanya macam mana nak link /tinggalkan komen kat website upin ipn , saya tak boleh tinggalkan komenlah ..
    nampaknyer bro nie memang peminat setia 😉
    cikbunga ajak kita terjah..KARNIVAL UPIN IPIN DAN ULTRAMAN 2014My Profile

    Reply
  17. AZENI AHMAD says

    November 25, 2014 at 2:01 pm

    Betul.. Betul.. Betul..
    Hehehehe..
    Satu fonemena la upin ipin..
    Jangan kan kanak-kanak.. Orang dewasa pun suka..
    Cerita dia memang masuk dlm jiwa kanak-kanak..
    Macam anak-anak saya bila duk kat bandar nie mmg tak kenal lembu kerbau pun..
    Bila tengok ipin upin nie, banyak dorg belajar..
    Bagus cite dia dan banyak pengajaran..
    AZENI AHMAD ajak kita terjah..Bedung Bayi : Kaki Bayi Akan Pengkar Jika Tidak Dibedung?My Profile

    Reply
  18. yokoz says

    April 7, 2016 at 5:01 pm

    upin ipin merupakan film kartun yang bagus, terkenal pula sampai ke negeri seberang indonesia
    yokoz ajak kita terjah..Logo Hong leong assurance berhad VectorMy Profile

    Reply
  19. Farah Alina says

    October 12, 2016 at 7:14 am

    Ini kalau anak saya yang pergi ni, mesti seronok sangat dia
    Setiap hari tengok upin ipin .. sekaarang ni dia tak fasih bercakap lagi, kalau tak mesti dah banyak bunyi macam upin ipin..hehe

    ada anak kawan saya tu, gaya cakap dan bahasa dia sebiji betul macam upin ipin.
    Dah setiap hari tu yang ngadap, memang terikut ikut lah!

    Betul betul betul! 😀
    Farah Alina ajak kita terjah..Set Hamil Shaklee – Vitamin Semulajadi Terbaik Untuk Ibu HamilMy Profile

    Reply

Leave a Reply to noriza rahman Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts
Protected by WP Anti Spam

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Promotion


New Comments

  • PayBackDollar.Com on Dinner Tahun Baru Cina 2019 di Tung Yuen Restaurant, Grand Bluewave Hotel Shah Alam
  • KiD on Animasi PUTERI bakal jadi Fenomena dari Les Copaque
  • Cik Ash on Dinner Tahun Baru Cina 2019 di Tung Yuen Restaurant, Grand Bluewave Hotel Shah Alam
  • Cik Ash on Dinner Tahun Baru Cina 2019 di Tung Yuen Restaurant, Grand Bluewave Hotel Shah Alam
  • Fitri on Animasi PUTERI bakal jadi Fenomena dari Les Copaque
  • SAMSURI MOHAMAD on Dinner Tahun Baru Cina 2019 di Tung Yuen Restaurant, Grand Bluewave Hotel Shah Alam
  • Mama Hakim on Dinner Tahun Baru Cina 2019 di Tung Yuen Restaurant, Grand Bluewave Hotel Shah Alam

Archives

TOP Search

  • 10 Blogger Terbaik Malaysia
  • Air Terjun di Selangor
  • Animasi Puteri Limau Les Copaque
  • Cara Block dan Unblock Website dan PC
  • Cara Elak WiFi kena Curi
  • Download Ayat Ruqyah
  • Hebat sungguh UNIFI
  • Karnival Upin Ipin 2014
  • Misteri Palm Mall Seremban
  • Mistik Ikan Puyu
  • Penjara Sejahtera
  • Pepero Tiada Sijil Halal JAKIM
  • Petua Hilangkan Cirit Birit
  • Semak Status Halal Produk
  • Seminar Lejen IM
  • Spritzer, Kubur Cina dan Halal JAKIM
  • Status Halal LA Coffee Kod E472e JAKIM
  • Strawberi dan Karipap Games

Copyright © 2019 · Shakiddo.com ,member of Denaihati Network