Gempar! Entiti Momok Sate Dirakam ketika Makan-Makan GengTaliBarut

Sabtu malam ahad lepas, kami ahli-ahli GengTaliBarut (GTB) ada membuat small gathering makan-makan di suatu lokasi di Kajang. Lokasi sebenar terpaksa dirahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Ramai juga antara ahli GTB yang hadir tetapi kamera aku macam tak berfungsi seperti biasa. Banyak gambar-gambar yang kurang jelas yang membingungkan aku.

Pada mulanya kami melepak makan-makan sate, kemudian aku berjaya snap satu gambar yang blur tapi agak mencurigakan! Ada sesuatu yang “tidak kena” pada gambar itu setelah bekali-kali aku snap dengan gunakan DSLR Samsung aku.

Aku masih dalam mengkaji satu lagi gambar yang agak jelas yang akan ditunjukkan nanti. Dan aku harap kajian aku akan menunjukkan gambar momok sate yang sebenar di lokasi kejadian. Mungkin aku akan cuba publish entry dengan gambar yang lebih jelas pada jam 12tghari nanti.

Pada mulanya ingatkan aku seorang saja yang dapat rakam gambar entiti momok sate itu, tapi JeJai Teratakarmo juga kebingungan setelah “terakam” gambar entiti momok sate itu. Korang boleh terjah ENTRY MOMOK SATE JEJAI.

1,390 total views, 6 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
If you enjoyed this post, please consider leaving a comment or subscribing to the RSS feed to have future articles delivered to your feed reader.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam