Best pula makan di restoran Vietnam.
Pernah makan di Du Viet tak?
Du Viet membawa maksud “DO VIETNAMESE” for meal. Perkataan DU disebut mengikut gaya slanga Perancis di Vietnam. Apa yang menarik tentang hidangan yang ditawarkan di restoran ini ialah mereka tidak menggunakan sebarang perasa atau MSG bagi menghasilkan hidangan terbaik.
Jika nak tahu, setiap hidangan telah disediakan mengikut teknik dan resepi istimewa tertentu. Ada yang perlu mereneh dari 8 sehingga 12 jam lamanya.
Kehebatan rasa hidangan yang telah dipersembahkan dengan cara terbaik sekali bukan sahaja menambat hati setiap pelanggan yang datang. Bahkan Restoran Du Viet juga telah dinobatkan Restoran Vietnam No. 1 Terbaik untuk kawasan Kuala Lumpur dan Selangor dari TallyPress.com.
Kejayaan membanggakan ini tentunya menjadikan momen yang begitu istimewa terutama kepada founder dan krew-krew yang telah bertungkus-lumus menjadikan Restoran Du Viet ini sentiasa menjadi pilihan pelanggan.
Hidangan ini juga dikenali sebagai Pho Bo Dac Biet. Ini merupakan antara ‘signature’ hidangan yang mendapat permintaan yang tinggi daripada pelanggan mereka. Tidak hairanlah hidangan ini mendapat penganugerahan khas baru-baru ini. Rasa sup yang agak ringan dari segi rasa, tidak terlalu kuat bau daging dan rempah namun ianya tetap sempurna apabila kita nikmati bersama mee yang didatangkan sekali.
Aku difahamkan untuk menyediakan hidangan ini ianya mengambil masa 8 sehingga 12 jam mereneh sup bersama daging segar dan tulang. Tidak hairanlah kualiti dari hidangan ini memang cukup enak.
Bagi anda tidak suka jenis yang berkuah, bolehlah mencuba Hanoi-styled Beef & Chicken Dry Noodles. Untuk menikmati hidangan ini kita perlu menggaul semua sos yang didatangkan sekali bersama lauk ayam atau daging dengan rata bersama mee. Sedap juga makan dry noodles ni.
Ini pula merupakan hidangan vietnam yang cukup popular kerana ramai yang menggelar nama hidangan “Popiah Vietnam”. Di Du Viet ianya turut ditawarkan dan ianya didatangan dengan cara masakan stim dan goreng. Keduanya sedap dimakan dengan sos buatan sendiri.
2. Summer (Plum)
3. Autumn (Peanut)
4. Winter (Dry Roasted Condiments).
Selain itu, cubalah beberapa lagi menu yang cukup sedap seperti Stewed Beef Brisket with White Radish, Steamed Wrapped Rolls dan Vietnam Coffee.
Untuk keterangan lanjut boleh layari:-
Website: www.duviet.com.my
Facebook: www.facebook.com/DuVietGroup
Instagram: @DuViet_MY
3,130 total views, 3 views today
Wahh menarik. Boleh try ni next time
Thenewsia ajak kita terjah..Permohonan Skim Latihan 1 Malaysia SL1M Online
Tak perlu nak pergi vietnam lagi pun dah boleh makan makanan vietnam di sini
Ibu Zaid ajak kita terjah..Masbro Village Homestay Menarik Di Alor Gajah Melaka! Macam di Oversea
Hidangan vietnam pun dah mula bertapak di negara kita
Mazni Azmi ajak kita terjah..Pelembap Muka Shaklee YOUTH Perfecting Skin Toner!
lihat ni makanan jadi nak makan