shakiddo.com

kau ilhamku

  • Email
  • Facebook
  • Google+
  • Instagram
  • RSS
  • Twitter
  • Home
  • Bloglist
  • Tips Blogging
  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / ASTRO / Download Aplikasi Tutor TV SPM

Download Aplikasi Tutor TV SPM

September 22, 2014 KiD 7 Comments

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+

Adakah anda sudah bersedia untuk menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bakal tiba? Berita baik buat bakal calon peperiksaan SPM kerana Tutor TV SPM akan melancarkan sebuah aplikasi mudah alih ulang kaji yang bertujuan membantu mereka menyediakan diri bagi menghadapi peperiksaan nanti. Aplikasi Tutor TV SPM ini boleh dimuat turun untuk semua peranti iOS dan juga Android secara percuma.

Aplikasi Tutor TV SPM adalah sebuah aplikasi ulang kaji yang dilengkapi penilaian, rangkaian kuiz, nota rujukan bertopik, peta minda dan juga video tutorial yang pastinya memudahkan para pelajar untuk mengulang kaji pelajaran pada bila-bila masa dan di mana jua. Aplikasi ini akan memuatkan variasi kandungan pembelajaran berdasarkan sukatan pengajian yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk subjek-subjek teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah dan Matematik. Aplikasi ini direka khas untuk memudahkan pelajar mengakses kepada bahan rujukan, memupuk minat mengulang kaji dan membolehkan pelajar merancang pelan ulang kaji sendiri.

Badges
Berikutan dengan arus kemodenan dunia, kita dapati lebih ramai remaja dan belia yang memiliki telefon pintar peribadi. Atas fakta berikut, kami berasa terpanggil untuk mencetuskan idea bagi membantu para pelajar dengan satu alat bantuan pendidikan yang lengkap, padat, menarik dan mesra pelajar. Kami cuba menekankan kaedah interaktif dan juga visual menarik dalam penyampaian informasi serius supaya lebih mudah difahami dan dapat diingati oleh para pengguna. Kami berharap agar usaha yang cuba kami usulkan ini akan mendapat maklum balas yang positif serta diterima baik oleh semua peringkat golongan” Vickie Lai, Ketua Bahagian Pendidikan Astro

Selepas menjawab Penilaian di aplikasi Tutor TV SPM, satu senarai topik-topik cadangan untuk diulang kaji akan diberi berdasarkan keputusan Penilaian mereka. Mereka boleh ulang kaji menggunakan pelbagai rangkaian nota rujukan yang terkini dan jelas di mana para pengguna boleh menanda (highlight) ayat-ayat penting di dalam nota tersebut di samping menambah nota sendiri yang juga boleh disimpan untuk rujukan seterusnya. Selain itu, aplikasi ini turut menyediakan tip-tip berguna untuk menjawab soalan dan juga topik-topik yang perlu diberikan penekanan.

Answer + Explanation
Bersempena dengan pelancaran aplikasi ini, Astro Tutor TV SPM akan menganjurkan pertandingan dengan menggunakan aplikasi Tutor TV SPM. Pertandingan yang akan bermula daripada 27 September hingga 17 Oktober ini memerlukan seberapa ramai para pelajar Tingkatan Lima di seluruh Malaysia untuk mengambil bahagian dengan memuat turun aplikasi ini dan menjawab Penilaian yang disediakan sebanyak mungkin. Mata akan diberikan bagi setiap jawapan yang betul dan sesi untuk menjawab Penilaian tersebut adalah tidak terbatas. Setiap mata yang diperolehi akan digabungkan dan pengguna yang mengumpul mata terbanyak untuk setiap subjek akan memenangi sebuah iPad Mini.

Mind Map
Oleh itu, muat turun aplikasi Tutor TV SPM secara percuma di Google Play dan App Store untuk menikmati satu pengalaman pembelajaran yang luar biasa.

Untuk maklumat lanjut mengenai Astro Tutor TV SPM Mobile App, sila layari www.tutortv.com.my .

11,597 total views, 2 views today

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+

ASTRO Aplikasi Tutor TV SPM, bocor, download, muat turun, soalan SPM 2014, TIPS SPM

Comments

  1. akubiomed says

    September 22, 2014 at 10:16 am

    Oh ingatkan bro Shakiddo nak repeat SPM lagi. Bagus ada kemudahan ini untuk mengulangkaji dan persediaan. Lagi pun lebih tersusun.
    akubiomed ajak kita terjah..Menara Condong Teluk IntanMy Profile

    Reply
  2. mama arif says

    September 22, 2014 at 9:13 pm

    anak anak zaman sekarang memiliki lebih banyak kemudahan untuk belajar, cuma yang masih kurang ialah minat untuk belajar dan menguasai bidang tersebut. semoga program ini mampu menambah minat pelajar…

    Reply
    • Mama Olin says

      September 23, 2014 at 7:25 am

      Betul tu mama arif. Mcm2 kemudahan teknologi utk anak2 zaman skrg. Nak atau tak nak je gunakan. Zaman kita dulu semua dalam buku. Internet ada pun tak reti guna sbb xde pendedahan. Hehe
      Mama Olin ajak kita terjah..Business/perniagaan mesra kanak-kanakMy Profile

      Reply
  3. eyriqazz says

    September 23, 2014 at 1:34 pm

    Nice…sesuai utk anak2 yang bakal ambil spm tak lama lagi..
    eyriqazz ajak kita terjah..Program Ibadah Qurban/Aqiqah Aidil Adha 1435H/2014MMy Profile

    Reply
  4. Hairul Azni says

    September 23, 2014 at 1:45 pm

    Ini adalah antara kebaikan teknologi..buat adik2 yang bakal duduki exam spm, jangan lepaskan peluang muat turun aplikasi Tutor TV SPM ni..
    Hairul Azni ajak kita terjah..Jadual Kursus Tips Dan Panduan Memasuki Perkhidmatan Awam Bagi Bulan Oktober 2014My Profile

    Reply
  5. siti hazreen says

    September 24, 2014 at 2:29 pm

    Mak aiii canggih betu aplikasinya..kalau lah ada masa saya belajar dulu huhu…budak-budak sekarang hp canggih-canggih mengalahkan cikgu huuuu
    siti hazreen ajak kita terjah..Tawaran Biasiswa Pendidikan Lembaga Minyak Sawit Malaysia 2014My Profile

    Reply
  6. ciklaili.com says

    October 7, 2014 at 9:38 am

    info yang sangat berguna. saya nak linkkan entri ni dalam blog saya ye 🙂
    ciklaili.com ajak kita terjah..Magisto Bantu Anda Hasilkan Video MenarikMy Profile

    Reply

Leave a Reply to eyriqazz Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts
Protected by WP Anti Spam

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Promotion


New Comments

  • SAMSURI MOHAMAD on Bagaimana simpanan sebenarnya berfungsi?
  • PayBackDollar.Com on Dinner Tahun Baru Cina 2019 di Tung Yuen Restaurant, Grand Bluewave Hotel Shah Alam
  • KiD on Animasi PUTERI bakal jadi Fenomena dari Les Copaque
  • Cik Ash on Dinner Tahun Baru Cina 2019 di Tung Yuen Restaurant, Grand Bluewave Hotel Shah Alam
  • Cik Ash on Dinner Tahun Baru Cina 2019 di Tung Yuen Restaurant, Grand Bluewave Hotel Shah Alam
  • Fitri on Animasi PUTERI bakal jadi Fenomena dari Les Copaque
  • SAMSURI MOHAMAD on Dinner Tahun Baru Cina 2019 di Tung Yuen Restaurant, Grand Bluewave Hotel Shah Alam

Archives

TOP Search

  • 10 Blogger Terbaik Malaysia
  • Air Terjun di Selangor
  • Animasi Puteri Limau Les Copaque
  • Cara Block dan Unblock Website dan PC
  • Cara Elak WiFi kena Curi
  • Download Ayat Ruqyah
  • Hebat sungguh UNIFI
  • Karnival Upin Ipin 2014
  • Misteri Palm Mall Seremban
  • Mistik Ikan Puyu
  • Penjara Sejahtera
  • Pepero Tiada Sijil Halal JAKIM
  • Petua Hilangkan Cirit Birit
  • Semak Status Halal Produk
  • Seminar Lejen IM
  • Spritzer, Kubur Cina dan Halal JAKIM
  • Status Halal LA Coffee Kod E472e JAKIM
  • Strawberi dan Karipap Games

Copyright © 2019 · Shakiddo.com ,member of Denaihati Network