Perfume Murah

Gallery

This gallery contains 7 photos.

Minggu lepas, aku asyik terfikir nak beli perfume apa ya untuk aku dan isteri. Macam-macam jenis kat pasaran. Macam-macam brand yang ada. Cuma mahal atau murah aje kan? So, aku google laaa dan juga cari kat Facebook. Waaahhh, terjumpa PERFUME Continue reading «Perfume Murah»

Masalah Payudara Lelaki

Gallery

This gallery contains 2 photos.

Pernah dengar? Pernah tahu? Pernah dengar dan tahu tapi tak ambil kisah? Ahhaaaa.. Payudara Lelaki yang dikenali juga sebagai manboobs. Perkara ini baru diutarakan oleh rakan sekerja yang menceritakan tentang masalah manboobs atau payudara lelaki ini 37 Teknik Luar Biasa Continue reading «Masalah Payudara Lelaki»

La Liga dan UEFA CHAMPIONS LEAGUE di UniFi Hypp TV

Gallery

This gallery contains 3 photos.

Melebarkan sayapnya. TM UniFi kini melangkah ke hadapan lagi dengan saluran terbarunya iaitu Fox Football. Channel 173 yang bakal menyiarkan siaran perlawanan dari La Liga, Sepanyol. Gergasi Bolasepak seperti Barcelona, Real Madrid dan lain-lain bakal menjadi tatapan peminat bolasepak. La Continue reading «La Liga dan UEFA CHAMPIONS LEAGUE di UniFi Hypp TV»

Team Malaysia Fan Run 2012 – Menyokong Kontinjen Malaysia ke London!

Sertai larian rakyat bersama Team Malaysia di Team Malaysia Fan Run sebagai tanda sokongan padu anda kepada Kontinjen Malaysia yang akan bertanding di London dalam bulan Julai ini.

30 atlit negara akan bertanding menentang atlit-atlit dari 200 negara lain untuk memenangi medal Emas di acara sukan termasyhur dunia. Larian ini adalah yang pertama pernah dianjurkan oleh Team Malaysia untuk para atlit negara kita.

Butiran acara adalah seperti berikut:

Tarikh         : 17 Jun 2012 (Ahad)
Tempat        : Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
Masa            : Seawal jam 7.00 pagi

Yuran Pendaftaran : RM40.00
Kategori           : Larian 3km dan 7km

Untuk setiap pendaftaran, anda akan mendapat jersi Team Malaysia PERCUMA, medal eksklusif, sijil penyertaan, ‘goodie bag’ menarik dan peluang memenangi hadiah Cabutan Bertuah.Bawalah keluarga dan rakan-rakan anda untuk lari bersama para atlit Kebangsaan kita dan memeriahkan suasana di acara ini. Team Malaysia juga akan mengadakan karnival di Dataran Merdeka pada hari yang sama. Pelbagai permainan, aktiviti dan pertunjukan menunggu anda!

Terdapat 2 cara untuk mendaftar:

1) Daftar secara ‘online’ di www.tm.com.my/teammalaysia dan klik butang Fan Run. Tarikh tutup pendaftaran ‘online’ selewat-lewatnya pada 4 Jun 2012 sebelum jam 5.00 petang.
2) Daftar di 2 lokasi di bawah, selewat-lewatnya pada 8 Jun 2012 sebelum jam 5.00 petang.
- Federal Territory Amateur Athletic Association (FTAAA), Tingkat 2, Wisma OCM, Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur
- Twentyfirst Century Sports, No 51, Jalan SS 18/6, Subang Jaya, Selangor

‘Race Kit’ boleh diambil pada:
Tarikh          : 9 & 10 Jun 2012
Tempat       : Tingkat 2, Dewan Serbaguna, Wisma OCM, Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur
Masa           : 10.00 pagi – 6.00 petang

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.tm.com.my/teammalaysia atau emel di teammalaysia@tm.com.my.

Kontinjen Malaysia mengharapkan sokongan anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...