Buffet Ramadhan di Bangi Golf Resort

Bersempena bulan Ramadhan tahun ini, Bangi Golf Resort Restaurant dengan bangganya mempersembahkan Buffet Ramadhan yang bermula dari 2 Julai sehingga 26 Julai 2014. Bangi Golf Resort Restaurant (BGR) merupakan salah satu daripada hanya beberapa resort golf di Malaysia yang telah menerima Sijil Halal daripada JAKIM, Buffet Ramadhan BGR ini digemari ramai kerana kepelbagaian juadah dan kualiti masakan yang disediakan. BGR kini menawarkan pelbagai jenis sajian istimewa sehingga 200 pilihan!

Sijil Halal Jakim Bangi Golf Resort

Dengan harga yang bermula dari RM50 untuk dewasa dan RM25 untuk kanak-kanak, Buffet Ramadhan ini menyediakan berbagai jenis hidangan bufet termasuklah masakan Melayu popular, sajian Barat dan masakan Cina yang digemari ramai. Pada tahun 2014 ini, ‘pasukan dapur’ BGR telah menghasilkan pelbagai hidangan yang pasti ‘menggiurkan’ dan bakal membangkitkan selera para tetamu. Para tetamu BGR boleh menikmati Cooking Showcase BGR tahun ini yang memaparkan Kambing Bakar, iaitu kambing yang dipanggang secara perlahan di atas bara api.

Kambing Bakar

Di stesen ini, chef BGR menghidangkan tetamu dengan hirisan daging kambing yang baru sahaja dipanggang. Para pelanggan juga boleh menikmati Sate Daging dan Ayam yang dihidangkan dengan Kuah Kacang serta Kway Teow Goreng dan Mee Goreng Mamak yang digoreng panas di hadapan mereka.

Menu Buka Puasa

Di bahagian Western Appetizer pula, para tetamu disajikan hidangan dengan sentuhan gastronomi isitmewa seperti Sous Vide Eggs with Mushroom Espuma. Hidangan ini sungguh menyelerakan dan chef kami dengan senang hatinya akan menyajikan hidangan tambahan atas permintaan tetamu! Bagi pilihan masakan Barat yang lain yang lebih enak dan klasik, kami mengesyorkan Beef Lasagna, Spaghetti with Chicken Carbonara Sauce dan Grilled Boneless Chicken with Creamy Mushroom Sauce.

“Buffet Ramadhan di Bangi Golf Resort Restaurant ini sentiasa menjadi pilihan kegemaran untuk berbuka puasa bersama keluarga, rakan-rakan dan kenalan perniagaan sepanjang bulan Ramadhan. Kami sentiasa memperkenalkan hidangan baru untuk memastikan kepelbagaian hidangan yang ditawarkan dan pada masa yang sama, kami juga bekerja keras untuk mengekalkan keenakan rasa tradisional masakan kami secara konsisten agar pelanggan kami sentiasa datang kembali.” – Chef Kamaruddin

Spaghetti

Sos Carbonara

Pada Buffet Ramadhan tahun ini, Bangi Golf Resort akan memperkenalkan konsep ruang dapur terbuka. Ruang moden yang baru dibina ini akan memaparkan ‘hiburan di dapur’, yang membolehkan tetamu menyaksikan secara langsung chef-chef BGR menyediakan hidangan dan berinteraksi dengan mereka. Pada masa yang sama, tetamu akan dihiburkan dengan alunan muzik Melayu Tradisional yang didendangkan secara live oleh sebuah kumpulan kugiran dari 6:30 petang sehingga 9:30 malam setiap hari. Bangi Golf Resort juga menyediakan sebanyak 500 tempat letak kereta tambahan yang dijangka siap menjelang bulan Ramadhan. Kemudahan lain seperti Surau Lelaki / Perempuan juga disediakan untuk keselesaan tetamu.

Nama: Bangi Golf Resort Restoran
Alamat: No1 Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi, Selangor 43650, Malaysia
Koordinat GPS : 2.95716N, 101.76518E
Tempahan & Pertanyaan : + (60) 3-8925 3728 / + (60) 3-82100265

Laman Web: http://www.bgrrest.com
Facebook: https://www.facebook.com/BangiGolfResortRestaurant
Emel: bgb.bangigolf @ gmail.com
Waktu Beroperasi: 6:30 pagi sehingga 9:30 malam setiap hari.

Lagi gambar-gambar :

Selain itu, boleh juga cuba Buffet Ramadhan Casa Ombak

4,307 total views, 8 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

  1. says

    Den ghaso nak poie makan kek BGR sobab makanan ee sodap2 belako….
    Pastu den ghaso laie, bilo den monang giveaway ni den boleh angkut duo tigo orang laie boramah mesro dan bersuko rio….
    Hahahahaha….
    P/s : Otak burung unta lebih kecil dari matanya… Ehhh!

  2. mek onie says

    Puas hati bila dapat makan dekat sini ! Menu semuanya best-best. Dari ala-ala kampung terus ke western. Harga buffet pun sangatlah reasonable dengan hidangan yang disediakan. Paling penting bangi golf resort ni sangat mementingkan kebersihan makanan. Bangi Golf Resort memang terbaik !

  3. says

    Nak Join gak.. Cuba Nasib..

    B-Berbuka Bersama Di Bulan Ramadan
    G-Gurau senda pengikat kasih
    R-Ramailah ramai kita ke BGR, nak try kambing golek? Mai la sini.

    Sempena ulangtahun perkahwinan eyza yang ke 7 ni, eyza teringin la nak bawak hubby gi makan kat luar.. tempat best pulak tu.. siap ada kambing golek lagi… dah la best, makanan pun nampak sedap (ikut dari review blogger lain).. nak gak sesekali kita yang blanja hubby walaupun dengan baucer free (kalau dapat la..hahahah..)

    Ulangtahun ke 7 tahun ini,
    Mencari tempat sambut bersama,
    Buffet BGR ada di Bangi,
    Makanan sedap untuk semua.

    Done.. :)
    eyza ajak kita terjah..Zara Pretzels Perisa Almond ChocolateMy Profile

  4. says

    Wah.. Nampak sangat menarik makanan-makanan disini. Sekali sekala jika dapat berbuka puasa bersama orang tersayang di buffet-buffet ramadhan sebegini dapat juga membantu mengeratkan lagi hubungan kasih sayang disamping dapat merehatkan minda dan fizikal pasangan yang selama ini telah bersusah payah menyediakan hidangan buat seisi keluarga.

    Bulan ramadhan telah menjelma,
    Masing-masing tercari-cari juadah berbuka,
    Buffet ramadhan di Bangi golf resort pilihan sempurna,
    Kerana ianya menu-menunya tampak sedap belaka.
    Hafiz Rahim ajak kita terjah..Lepak Santai Di Old Malaya Kopitiam BangiMy Profile

  5. says

    wow, 200 choices at buffet, I haven’t been such big buffet before. It would be nice to win to eat with my bestie. I am sure my bestie will be happy to dine buffer Tamadhan with me at Bangi Golf Resort.
    sherry ajak kita terjah..Deliver Us From EvilMy Profile

  6. says

    Teringin nak berbuka dekat Bangi Golf Resort sebab kita kuat makan, kawan2 pun kuat makan. Nak pergi seorang nanti dikatakan ‘forever alone’ pula. Awek pun takde, jadi dalam situasi macam ni, kawan-kawan sajalah yang jadi harapan untuk diajak berbuka sama. barulah Ramadhan di perantauan akan lebih bererti dengan kehadiran kawan-kawan baik.
    SHIMO ajak kita terjah..Mengidam Sebelum Tiba Ramadhan…My Profile

  7. says

    mudik ke muara membeli jala
    jala ditebar di hujung kuala
    Bangi Golf Resort tempat berbuka
    keletihan berpuasa pasti di lupa

    banyakkan ibadat di bulan puasa
    banyak ganjaran diberikan oleh-Nya
    kalau abang kid nak lebih banyak pahala
    apa kata baucer berbuka itu diberi kat saya…
    kikiki..
    azwan ajak kita terjah..Jadi DJ Jemputan Di eWana.fmMy Profile

  8. says

    Bulan Ramadan bulan diberkati
    Mencari rahmah juga maghfirah
    Berbuka di BGR sangat dinanti
    Sesekali teringin merasa mewah

    Makanan lazat itu yang disaji
    Enak berkhasiat itu yang dicari
    Bangi Golf Resort pilihan hati
    Parkirnya besar lengkap segala fasiliti

    Hiburan tradisional pelengkap acara
    200 juadah lengkap tersedia
    Pilih dan rasa apa yang berselera
    Harga buffet menawan seisi keluarga

    Dari barat membawa tradisi
    Pilihan juadah menarik selera
    Kambing dan ayam menggamit hati
    Silap-silap waktu zuhur dah terbatal puasa

    Dapur terbuka konsep menarik
    Diiringi alunan muzik asli
    Wahai Abang Kiddo yang sangat baik
    Pilihlah Lobam sebagai pemenang hari ini
    Lobam ajak kita terjah..Tips Untuk Mendapat Anak Lelaki Dan PerempuanMy Profile

  9. Mohd firdaus bi muhamad says

    Satu lagi Usaha Murni Syarikat-Syarikat yang bekecimpung dengan industri permakanan kepada masyarakat di Malaysia ini bagi memastikan SIJIL HALAL ada pada genggaman mereka..

    Dalam kehidupan, mencari halal tu fardu..dengan terdapat nya sijil halal ini memudahkan masyarakat untuk tidak berasa ragu sebelum menikmati segala juadah (jika larat) ketika berbuka puasa dengan yang tersayang..

    Konsep Buffet juga dianggap menarik kerana banyak makanan disajikan di bawah satu bumbung dan kita tidak perlu pergi ke banyak tempat untuk merasa pelbagai menu yang kita inginkan..

    Perkara menjadi lebih menarik bila surau untuk solat juga disediakan kepada para tetamu kerana dalam bulan Ramadhan perkara yang wajib perlu diutamakan dahulu..dengan adanya solat dapat kita makan dengan tenang tak perlu terkejar..

    Semoga selepas ni pihak Bangi Golf Resort dapat menyediakan imam, bilal dan juga ruang untuk kita mendirikan solat secara berjemaah dan mungkin terus terawikh n witir selepas isyak..

  10. says

    harga berpatutan, menu buka main banyak pilihan.
    Tempat bukan calang-calang, buat hati rasa nak bertandang

    kambing panggang nampak menggiurkan, western food pun nampak boleh tahan.

    kuih-muih banyak pilihan, lauk-pauk aneka ramuan

    Buffet Ramadhan di Bangi Golf Resort nampak menggiurkan,
    ada can ke tak nak dapatkan voucher yang ditawarkan?
    PEnaberkala ajak kita terjah..#REDHotAirAsia : Taylor Swift dan Air AsiaMy Profile

  11. says

    Anak cina memasang lukah
    Lukah dipasang bersama umpannya
    Ke hulu ke hilir mencari juadah
    Idaman di hati tak kunjung jumpa

    Lukah dipasang bersama umpannya
    Ikan gelama di celah batu
    Idaman hati tak kunjung jumpa
    Manakan sedap di dalam kalbu

    Ikan gelama di celah batu
    Haji Mail mengail di kuala
    Manakan sedap di dalam kalbu
    Masakan ibu tidak dijumpa

    Haji Mail mengail di kuala
    Mak Timah menanak nasi
    Masakan ibu tidak dijumpa
    Membuat si anak menangis hati

    Mak Timah menanak nasi
    Berasnya wangi diadun pandan
    Membuat si anak menangis hati
    Menahan hati rindu-rinduan

    Berasnya wangi diadun pandan
    Dihidang bersama cili api
    Menahan hati rindu-rinduan
    Bersama ayah menjejak Bangi

    Dihidang bersama cili api
    Tergigit satu air ditadah
    Bersama ayah menjejak Bangi
    Bangi Golf Resort jangan tak singgah

    Tergigit satu air ditadah
    Biji kurma usah ditelan
    Bangi Golf Resort jangan tak singgah
    Mencuba rasa juadah Ramadhan
    Rawlins_GLAM ajak kita terjah..Signs That You’ll Live LongerMy Profile

  12. says

    Assalamualaikum..

    Ni salah ko aa kid.. hilang da separuh pahala puasa mata aku tengok makanan yg mengiyurkan dan pastinya lazat dan kalu aku dapat mkn kat situ.. sure kejap bangun kejap duduk (asyik dok bangun nak tambah jer)

    Tp aku x mo lah menang, sbb nanti aku salahkan ko jugak sbb terbabas niat suci murni aku untuk diet.. huhu..

    Tp.. tapi.. kalu menang kan, aku amik la.. rezeki tu.. sape nak bagi kan?? Haa.. dan ko pun mesti rasa best sbb pahala org yg bagi makanan pada org berpuasa tu besar woo..

    Xdelah. Aku x salahkan sesiapa.. xde sape2 bersalah. Ini semua hanyalah.. Dogaannn…

    P/s : jgn mara aa.. jom aku blanje lunch? Eh?

  13. sITI NORBAYAH BINTI ABDUL RAHIM says

    Wow!! blink2 rasanya tengok makanan2 dlm nie yg kebanyakkannya makanan yg saya suka sangat makan! Suami saya apatah lagi lar kan..huhu…Lg pon harga buffet kat sini mmg berbaloi-baloi!! kalau tak menang, kami masih mampu utk berbuka puasa buffet kat sini dan bawak skali kak ipar ke, mama saya ke, kawan2 ke kan…. :)

    Ramadhan 1435H kali nie amat2 bermakna buat saya dan suami krn dikurniakan seorang cahaya mata ‘kaum adam’ yg sekarang sudah pon nk masuk 5 bulan….tapi lagi amat2 bermakna bagi kami kalau dapat peluang utk berbuka puasa di sini dgn FREE!!! dan mengukir kenangan yg terindah utk kami sekeluarga..huhu…amin~ (“,)

    Saya nak pantun sikit blh? hihihi..

    Jahit baju raya guna benang,
    Benang dijual di mana2,
    Kalau ada peluang utk menang,
    Rezeki kami tak ke mana. (“,)

  14. says

    Saya ingin berbuka puasa di Bangi Golf Resort Restaurant kerana saya tidak pernah berbuka puasa di sini dan ingin merasai keenakan makanan di sini. Saya amat tertarik dengan konsep penyediaan makanannya dan berkonsep terbuka dan nampak menyelerakan. Selain itu, Bangi Golf Resort Restaurant juga menyediakan ruang solat yang selesa dan dewan berbuka puasa yang luas disamping dengan persembahan muzik tradisional yang menghiburkan.
    Mohd Zarin ajak kita terjah..Sinar Ramadhan Buffet di SACCMy Profile

  15. says

    Ramadhan disambut penuh gembira
    Ganjaran besar ketika berbuka
    BGR persembahkan dapur terbuka
    InsyaAllah pelanggan lebih percaya.

    Ada 2 sebab utama utk aku cuba BGR ni.
    1. Halalnya yang sahih Halal.
    2. Konsep dapur terbuka sempena ramadhan.

    Amalan memberi ibadah utama
    Paling utama dibulan puasa
    Pasti gembira seisi keluarga
    Andai baucar milik hamba.

    Sekian terima kasih.

    Selamat berpuasa utk bro kid sekeluarga
    Moga Ramadhan tahun ni lebih bermakna!
    hafizmd ajak kita terjah..Rebut Hikmah Ramadhan & Selamat Berpuasa!My Profile

  16. says

    WOW!!!!!!!!!!!!!! itulah perkataan pertama bila Baca coretan Bro.Pict yang amat amat Menggiurkan! Gerammm Jeeee Bro dpt makan Free!!

    Kepelbagaian Aneka CItarasa Malaysia,
    Aroma Membangkit selera,
    Kelazatan mempesona,
    Bro Belanjalah saya!

    Kambing Golek perghh sedapnya,
    Keunikan masakan pasti menambat rasa,
    Kemuliaan Bulan Ramadhan Eloklah dikongsi Bersama,
    Bak Mai Voucher Bro kasi Wa,
    Nak Bawak insan tersayang WA.

    Makanan sedap hingga Bertambah Tambah!
    Dyat ajak kita terjah..Filem SNIPERMy Profile

  17. ABDUL AZIZ MOHD SOFFIAN says

    Sementaralah masih lagi mengharungi saat berpuasa Terasa bersyukur sangat-sangat Kerana masih ader restaurant yang menyajikan pelbagai hidangan dengan harga yang sangat berpatutan.
    Almaklum sekarang ni rata-rata harga barangan dah naik. Nak Belanja beberapa lauk kat bazaar Ramadhan pun kene pikir 2,3 kali :).
    Bulan Puasa ni Memang tekak ni rasa nak Makan macam-macam dan bila membaca review di atas Memang tak Ragu-Ragu lagi.. BGR Restaurant pilihan tepat untuk Berbuka bersama family. Berbagai hidangan itu yang di cari-cari.

    Kruk krak Kursk krak perutku berbunyi,
    Menahan lapar, dahaga sepanjang hari,
    Ke bersyukur rahmat ku Miliki,
    Memberi keinsafan di hati sanubari.

    Tima kaseh Sudi Berkongsi,
    Lokasi hebat bakal ku kunjungi,
    Tambah meriah di dalam hati,
    Sekiranya Bauer percuma berjaya kumiliki.. :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam