Bonus Tahunan Suatu Kemestian?

Bulan demi bulan, tahun demi tahun. Tanpa kita sedar, sudah lama kita menabur bakti untuk bekerja dengan majikan. Tidak mengira jenis apapun kerja anda, sudah tentu ada pahit manisnya bekerja. Kerja sibuk siang malam dan ada yang overtime, ada yang kena outstation, ada yang mengulor dan macam-macam lagi hal dalam kerja kita.

Sekadar gambar hiasan

Tahun 2011 sudah berlalu. Kini lembaran 2012 bermula. Rata-rata semua syarikat di mana saja, sudah pasti ada hala tujunya bagi kalendar tahun 2012 ini. Dan semua pekerja di mana-mana pun pastinya ada bercerita tentang Bonus Tahunan.

Korang ada Bonus?

“Korang dapat Bonus tak?”

“Tahun ni berapa bulan ko dapat bonus?”

Itulah antara ungkapan yang sering ditanya oleh kita dan kengkawan kita. Sudah lumrah kan? Ada yang ngam-ngam hujung tahun, terus kasi bonus. Ada yang nak kena audit tahunan dulu baru boleh bagi bonus. Ada pula yang bagi bonus ikut musim perayaan. Bonus Tahunan, adakah ia satu kemestian? Adakah ia satu keperluan? Dan yang pastinya ia adalah satu permintaan. betul tak?

Somewhere at Sungai Besar

KALAU dapat bonus setengah bulan, sebulan, dua bulan atau lebih pastinya pekerja sangat gembira. Yea lah, macam-macam boleh difikirkan dengan lebihan bonus tahunan sebanyak itu. Sedikit sebanyak memang mengurangkan beban.

KALAU tak dapat bonus langsung hatta duit sagu hati pun takde, sudah pastinya ada yang masam mencuka, ada yang gundah gulana dan tak kurang pula yang berhenti dan cari kerja lain. Betul tak?

Semua ini berlaku di Malaysia. dan hal-hal macam ni memang ada pro dan kontra, ada pelbagai pendapat masing-masing. Jika keuntungan syarikat dah dicanangkan dalam suratkhabar yang untungnya mencecah ratusan billion ringgit, sudah pastinya ia memberi harapan kepada semua pekerja di bawah syarikat tersebut. Majikan yang bagus sudah pastinya akan menggembirakan para pekerjanya dengan bonus tahunan.

Balik rehat kat kampung lagi best lah..!!

Apa kata korang? Ni mesti macam-macam nak cakap nih.. hahahaa.. luahkan aje tak kira anda gomen atau swasta.. Bonus Tahunan?? -Bersyukurlah kalau ada atau takde-

405 total views, 4 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

  1. says

    As for me.. bonus tu satu kemestian… hehehe bukn mata duitan tapi kerja dah bermati-matian… mengkayakan syarikat takkanlah keuntungan yg diperolehi tidak dikongsikan bersama staff yg byk membantu? tanpa staff yg bekerja keras siapalah boss2 dan apalah sangat syarikat tu kan… Tp skrg ni Queen dah muak la.. dah bertahun kerja… xde bonus pun… jeles bila dpt tahu org dpt bonus berbulan-bulan… kita ni? 1% pun xde.. pe cerita?? bkn tak ikhlas dlm bekerja tapi kiranya majikan patut lebih prihatin lg plak dgn ekonomi skrg yg semuanya $$$$$.. gaji pun tak naik2… kalo tak dpt bonus tp gaji naik setiap tahun.. ok I tak kisah… kalo 2-2 pun xde mcm mana bro??? jawabnya skrg….>>>>>>> Jom cari kerja lain…. hehehehehehe
    Queen Teratai ajak kita terjah..Doa Di Pagi JumaatMy Profile

  2. says

    Bonus tahunan dah selamat aku gunakan untuk majlis aqiqah anak tahun lepas.. alhamdulillah rezeki bahagi2 dekat anak bini bro..

    * Bagi aku bro.. kalau company tu memang masyuk.. memang patutlah bagi dekat staff sikit rasa keuntungan tu.. sebab tanpa staff ni.. mana mungkin syarikat nak maju..

    * Tapi kalau tengok conmpany tu hidup segan mati tak mahu.. faham2 jelah ye.. hehehe
    myvitrd ajak kita terjah..Terkejut Beruk Blog Myvitrd.com Kena DeleteMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam