Bawak Datang Anak Panah wahai hazmanfadzil

Bila membaca entry Blogger Single Bila Ntah nak Kawin, maka aku hanya tersenyum saje. Bukan tak nak join sesi panahan asmara di STARS ARCHERY, tapi berikutan jadual kerja dan jemputan dari Astro membuatkan aku tak dapat join event tu.

Yealah.. dapat harga murah untuk archery, RM15 untuk 78 anak panah. Dan ia disertai oleh Datuk Jamar, Datin Nunu Lofa, Ratu Memanah Johor, Daydeck Bangkinang dan Manager Kakinakl.com . Nampak macam mereka enjoy dengan sesi latihan memanah tersebut. Tapi tak ditunjukkan gambar shot yang kena tepat tapi rasanya ada yang memanah kena shot orang sebelah punya.. hehehee

Saya bukan kidal

Aku dengan genting highlands bagaikan tempat permainan dan dating dulu2. hahaha.. setahun dua puluh kali naik ke genting highlands. Korang hado?? Lepas tu dapat pulak mengajar kat SMS Saleha Genting Highlands selama 8 bulan. Selok belok naik turun genting tu dah hafal dah. Ini antara acara peberet aku bila naik genting highlands.

Like a robinhood??

Almost 4 years gambar di atas nih. Menandakan aku dah main panahan asmara sebelum diorang. Aku bukan seorang yang kidal, tapi panah dua-dua tangan pun boleh. Bawak Datang Anak Panah wahai hazmanfadzil , sesungguhnya ku hanya insan biasa. Nak kata terror tu tidak laah. Tapi akan ku buat panahan secara baring! boleh tak?

Sekian, terima kasih.

p/s: entry adalah untuk memanaskan mereka semua yang hadir ke Stars Archery. hik3

87 total views, 2 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
If you enjoyed this post, please consider leaving a comment or subscribing to the RSS feed to have future articles delivered to your feed reader.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam